Senarai organisasi membantu gelendangan

Sejak kebelakangan ini, ramai orang yang mula berminat untuk sama-sama membantu para gelendangan (homeless) dan kurang upaya di Kuala Lumpur. Selain mengedarkan makanan, organisasi berikut turut menyediakan perkhidmatan perubatan, mendermakan pakaian, serta memberi rujukan kepada peluang pekerjaan dan khidmat bantuan dari kerajaan.

1. Pertiwi Soup Kitchen

Pertiwi Soup Kitchen menyediakan 550-700 pek makanan untuk orang ramai di kawasan Chow Kit, Kota Raya dan Masjid India. Mereka beroperasi pads malam Ahad, Isnin, Rabu dan Jumaat.

Anda boleh menghulurkan bantuan kewangan kepada:

“PERTIWI” – Nombor akaun RHB 2-14035-10201591.
Semua jumlah derma kepada Pertiwi dikecualikan cukai, mengikut Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Selain itu, anda boleh menghubungi Pertiwi Soup Kitchen untuk menyumbangkan barangan seperti air mineral, air kotak, tepung, beras dan telur. Hantar emel kepada pertiwisoupkitchen@gmail.com.

Untuk menjadi sukarelawan, anda boleh menghubungi Pn Munirah Hamid di talian +6012 236 3639.

Maklumat lanjut: laman web Pertiwi Soup Kitchen.

2. Kechara Soup Kitchen

Kechara Soup Kitchen mengedarkan 2,500 pek makanan vegetarian setiap minggu. Mereka memerlukan sukarelawan untuk membantu menyediakan dan mengedarkan makanan di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, termasuk Imbi. Bukit Bintang, Jalan Ipoh, Pudu Raya, Masjid Jamek, Brickfields dan Jalan Klang Lama.

Anda boleh menghulurkan bantuan kewangan kepada:
“Kechara Soup Kitchen Society” – Nombor akaun Maybank 5122-3133-4874

Untuk menjadi sukarelawan, anda boleh menghubungi ksk@kechara.com

Maklumat lanjut: laman web Kechara Soup Kitchen.

3. Reach Out Malaysia

Reach Out Malaysia menyediakan makanan, minuman, pakaian dan perkhidmatan perubatan asas untuk 2,500 orang setiap minggu. Reach Out beroperasi setiap hari di Klang dan Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut: laman Facebook Reach Out Malaysia.

4. Religion of Love

Religion of Love membantu dan memperkasakan kelas tertindas khususnya gelandangan, miskin tegar dan anak-anak yatim, tanpa mengira ras, warna, bangsa, ideologi, agama dan mazhab. Mereka mengedarkan makanan, menyediakan pakaian serta rujukan untuk perkerjaan.

Maklumat lanjut: laman Facebook Religion of Love.


Jika anda tahu mengenai organisasi lain yang perlu mendapat perhatian, hubungi kami di Twitter @JiwaKL

Posted in Info
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan