Praktikal 9: Tingkatkan fokus dan produktiviti dengan teknik Pomodoro

Setiap hari, kita ada pelbagai tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan. Bagaimanakah caranya untuk memastikan yang kita boleh menumpukan perhatian penuh kepada tugasan kita?  Teknik Pomodoro adalah satu teknik pengurusan masa (time management) yang boleh kita cuba.

Teknik ini dinamakan sempena pemasa (timer) yang berbentuk tomato (pomodori, dalam bahasa Itali).  Teknik ini membantu anda menguruskan masa dan tugasan, disamping memastikan anda mendapat rehat yang mencukupi.

pomodoro_timer

Pemasa (timer) Pomodoro. Foto oleh Andy Roberts.

Terdapat lima langkah asas untuk melaksanakan teknik Pomodoro:

  1.     Pilih tugasan yang perlu dilakukan
  2.     Tetapkan pemasa (timer) untuk 25 minit
  3.     Lakukan tugasan anda sehingga timer berbunyi.  Ini menandakan tamat 1 “pomodori”
  4.     Berehat sekejap (3-5 minit)
  5.     Untuk setiap empat “pomodori”, ambil masa rehat yang lebih panjang (15-30 minit)

Selamat mencuba!

Maklumat lanjut

 

Praktikal adalah siri mingguan dari JiwaKL. Praktikal bertujuan untuk berkongsi tips yang boleh menlancarkan kehidupan harian and menyelesaikan masaalah kecil dan besar.

Posted in Praktikal
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan