Praktikal 7: 3 Cara mudah untuk backup dokumen

Kita semua tahu kepentingan backup. Alangkah pedihnya rasa apabila segala usaha dan idea untuk kertas kerja, memo, assignment ataupun novel, menjadi sia-sia apabila kehilangan dokumen tersebut. Kami ingin berkongsi 3 cara mudah untuk membuat backup untuk dokumen penting anda.

1. Bawa thumb drive kemana-mana

USB_key

Thumb drive atau pen drive kini senang didapati dengan harga berpatutan. Sebagai contohnya untuk kapasiti 4GB, anda boleh membeli dengan harga serendah RM15. Kapasiti ini memang cukup untuk dokumen biasa seperti Word, Excel, Powerpoint dan PDF. Simpan satu thumb drive di keychain anda untuk memudahkan perkongsian dokumen, dan juga untuk memastikan anda sentiasa ada salinan dokumen bersama anda.

 

2. Backup kepada emel.

gmail-1

Google Gmail dan Yahoo Mail menawarkan storage space yang besar. Kapasiti untuk Gmail sekarang sudah lebih dari 10GB. Ini bermakna anda tidak perlu bimbang memikirkan masaalah “mailbox full“. Dengan Gmail, anda kini boleh menghantar lampiran (attachment) dokumen bersaiz hingga 25MB. Apabila anda sudah selesai menulis atau menyunting dokumen anda, hantarkan satu salinan kepada emel diri anda sendiri. Mudah dan cepat.

3. Gunakan perkhidmatan online storage

Terdapat beberapa perkhidmatan online storage seperti Dropbox dan Google Drive. Perkhidmatan ini biasanya menawarkan kapasiti percuma. Dropbox menawarkan 5GB percuma dan anda boleh menambahkan kapasiti apabila perlu. Dropbox juga boleh digunakan dengan pelbagai jenis sistem komputer dan telefon pintar.

Biasanya anda boleh backup dengan mudah, iaitu dengan cara “drag-and-drop” setelah memasang perisian yang diperlukan.

dropbox

Perkhidmatan seperti Dropbox membolehkan anda menyimpan dan membuka dokumen menggunakan pelbagai jenis sistem termasuk Android, iOS (iPhone dan iPad), Mac OS X (Apple) dan Windows.

Apabila kita bercakap mengenai backup, berlebihan lebih baik daripada berkurangan. Untuk dokumen-dokumen yang penting, kami mencadangkan anda menggunakan konsep 2+1, iaitu menyimpan dua salinan berdekatan (di komputer anda dan di thumb drive) dan satu salinan “off-site” (di emel atau online storage). Biarlah kita mengambil masa 1-2 minit untuk backup, daripada membuang masa berjam-jam cuba menulis semula dokumen yang hilang.


Praktikal adalah siri mingguan dari JiwaKL. Praktikal bertujuan untuk berkongsi tips yang boleh menlancarkan kehidupan harian and menyelesaikan masaalah kecil dan besar.

Posted in Praktikal
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan