Praktikal 5: Klip roti sebagai label wayar dan kabel

Sekarang ni, banyak sungguh barangan elektronik yang diperlukan untuk kehidupan harian. Setiap barangan elektronik perlukan tenaga elektrik. Ini bermakna, rumah anda tentu penuh dengan wayar dan kabel untuk barangan elektronik seperti TV, Astro, komputer, iPad dan telefon bimbit. Bagaimanakah caranya untuk mengenalpasti semua wayar dan kabel ini?

praktikal5-1

Masaalah wayar berserabut?

Satu cara ialah dengan menyediakan label untuk setiap wayar. Anda tak payah membeli apa-apa, cuma gunakan klip plastik yang disediakan dengan roti.

praktikal5-2
Jangan buang klip roti ini.

Kumpul klip ini untuk setiap wayar, dan tulis label dengan pen (permanent marker).

praktikal5-3
Ada ruang untuk menulis di belakang. 

Gantungkan klip roti tersebut di atas wayar yang berkenaan. Mudah kan?

praktikal5-4
Kini anda tahu wayar ini untuk apa.  


Praktikal adalah siri mingguan dari JiwaKL. Praktikal bertujuan untuk berkongsi tips yang boleh menlancarkan kehidupan harian and menyelesaikan masaalah kecil dan besar.

Posted in Praktikal
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan