Praktikal 2: Jangan lupa beg

jiwakl_beg_di_pintu2

Pernahkah anda terlupa membawa beg atau dokumen penting ke tempat kerja atau sekolah? Seperti kami, tentu sudah beberapa kali anda tertinggal sesuatu yang penting di rumah.

Satu cara untuk mengelakkan perkara ini berlaku, ialah dengan melakukan persiapan awal. Tips mudah kami minggu ini ialah sebelum tidur, letakkan semua beg, dokumen atau peralatan yang diperlukan di hadapan pintu rumah. Esok, anda tak boleh keluar dari rumah tanpa memegang dan membawa barangan tersebut.

Tip ini juga boleh digunakan untuk data. Contohnya, jika anda ada dokumen penting yang perlu dibawa, letakkan thumb drive anda di key chain.

—-
Praktikal adalah siri mingguan dari JiwaKL. Praktikal bertujuan untuk berkongsi tips yang boleh menlancarkan kehidupan harian and menyelesaikan masaalah kecil dan besar.

Posted in Praktikal
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan