Praktikal 11: 3 kegunaan kamera telefon bimbit

Hampir semua telefon bimbit sekarang dilengkapi dengan kamera digital.  Telefon pintar seperti iPhone and smartphone dengan Android kini mempunyai kamera yang cukup hebat, setanding dengan kamera digital yang berharga ratusan ringgit beberapa tahun yang lepas.   Kamera telefon bimbit bukan sekadar untuk mengambil gambar kita posing depan cermin, gambar makanan untuk Instagram dan merakam memori bersama rakan-rakan.

Kami ingin berkongsi 3 kegunaan kamera telefon bimbit yang boleh membantu ada menjimatkan masa.

 

1. Ingat lokasi tempat meletak kenderaan

Seringkali apabila kita pergi ke pejabat atau pusat membeli-belah, masaalah pertama ialah mencari tempat letak kenderaan. Masaalah kedua ialah mencari kenderaan kita setelah selesai urusan atau shopping.

Jangan lupa menangkap gambar kereta anda sejurus selepas parking. Selain tanda di tiang, anda juga boleh menangkap gambar penanda kedudukan tingkat parking (contohnya P1, B2).

car_park

Kebanyakan kawasan parking mempunyai penanda yang jelas. Perhatikan nombor dan juga corak / warna penanda ini.

2. Memudahkan shopping

Kamera telefon bimbit boleh membantu memudahkan urusan membeli belah.  Sebagai contoh, jika anda bertujuan untuk membeli skirt baru, anda boleh menangkap gambar baju atau jaket kepunyaan anda yang hendak dipadankan dengan skirt tersebut.

Jika anda hendak membeli katrij  dakwat (ink cartridge) untuk mesin pencetak (printer) anda, ambil gambar pencetak anda ataupun katrij yang sedia ada. Ini akan mengelakkan kekeliruan apabila memilih katrij nanti.

Anda juga boleh membina shopping list dengan gambar-gambar barangan yang menarik perhatian anda.

selipar_gangnam

Belum bersedia untuk membeli? Tangkap gambar dan masukkan dalam shopping list anda.

Untuk mereka yang berkeluarga, jadikan tabiat untuk mengambil gambar anak-anak apabila anda keluar ke tempat awam. Ini memudahkan anda mengingati dan cam anak-anak melalui pakaian mereka.

 

3. Menyimpan dokumen penting

Anda boleh menggunakan kamera telefon bimbit untuk merekodkan transaksi penting.  Ambil gambar resit-resit penting dan slip deposit bank.   Sesetengah resit dan slip dicetak menggunakan kertas jenis thermal yang akan pudar dakwat selepas beberapa hari.

Satu contoh resit penting ialah resit apabila membeli buku – anda boleh mendapat pelepasan cukai untuk belian buku dan majalah.

Selain itu, anda juga boleh menyimpan rekod dokumen yang anda perlu hantar kepada pihak lain – contohnya sijil cuti sakit (MC).

medical_certificate

Simpan rekod sijil cuti sakit anda.

Praktikal adalah siri mingguan dari JiwaKL. Praktikal bertujuan untuk berkongsi tips yang boleh menlancarkan kehidupan harian and menyelesaikan masaalah kecil dan besar.

Posted in Praktikal
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan