Praktikal 10: Bawa buku 555

Pernahkah anda menggunakan buku 555?  Dulu-dulu, buku ini digunakan oleh pemilik kedai runcit untuk merakamkan hutang daripada pelanggan.

buku555

Sebenarnya, buku 555 ini boleh digunakan untuk membantu kita setiap hari. Saiz buku ini membuatkan ia sesuai disimpan di dalam poket baju ataupun di dalam dompet / beg tangan.

Jika anda membawa buku 555, anda boleh:

  • mencatat tugasan utama untuk setiap hari
  • menyimpan shopping list untuk barangan keperluan rumah
  • menulis nombor telefon penting
  • mencatat idea-idea yang datang tiba-tiba
  • menulis nota atau pesanan untuk orang lain

Tentu banyak lagi kegunaan buku 555 ini yang anda boleh fikirkan. Harga satu buku cuma 30sen ke 50 sen – beli satu hari ini dan cuba teknik ini.

Praktikal adalah siri mingguan dari JiwaKL. Praktikal bertujuan untuk berkongsi tips yang boleh menlancarkan kehidupan harian and menyelesaikan masaalah kecil dan besar.

Posted in Praktikal
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan