Praktikal 1 : Minum susu apabila terasa pedas

jiwakl_susu_dan_cili2

Pernahkan anda termakan cili and merasai pedas yang tak terhingga? Sudah tentu anda ada mendengar pelbagai petua untuk menghilangkan rasa pedas dengan cepat. Mungkin ada orang berpesan makan sedikit gula, atau biasanya kita cuma minum air dengan banyak.

Sebenarnya, minum air tidak akan mengurangkan rasa pedas dan boleh menyebarkan rasa pedas ke seluruh mulut.

Rasa pedas dalam cili adalah disebabkan oleh bahan kimia yang capsaicin. Capsaicin bertanggungjawab menwujudkan rasa terbakar dalam mulut anda.

Capsaicin juga hanya larut di dalam lemak atau minyak. Oleh itu, cara terbaik untuk mengatasi kepedasan ialah dengan minum susu.

Selain itu, untuk mengelakkan rasa pedas tersebar, anda boleh juga makan sedikit nasi putih atau roti, yang akan bertindak menyerap capsaicin.

Sumber rujukan: Capsaicin (Wikipedia).

—-
Praktikal adalah siri mingguan dari JiwaKL. Praktikal bertujuan untuk berkongsi tips yang boleh menlancarkan kehidupan harian and menyelesaikan masaalah kecil dan besar.

Posted in Praktikal
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan