Persediaan di rumah sebelum balik kampung

Pada musim perayaan seperti Hari Raya, ramai warga kota meninggalkan Lembah Klang untuk kembali ke kampung. Kami ingin berkongsi panduan dan tips supaya anda boleh meninggalkan rumah anda dalam keadaan yang selamat.

Untuk mengurangkan risiko pecah rumah

1. Hentikan penghantaran surat khabar. Walaupun anda cuma balik kampung beberapa hari sahaja, surat khabar yang berlonggok di hadapan rumah merupakan tanda jelas menunjukkan rumah anda tiada penghuni.

2. Tutup WiFi router anda.

wifi_router
Ada signal WiFi = ada komputer di rumah. Foto oleh  nSeika.

3. Jika anda ada timer lampu, pasangkan lampu di waktu malam.

4. Simpan barangan kemas, wang tunai dan barangan berharga di tempat yang selamat. Ini termasuk komputer, laptop dan tablet.

5. Jika anda ada alarm clock, matikan bunyi penggera untuk mengelakkan bunyi bising.

alarm_clock
Foto oleh  robstephaustralia.

6. Tutup semua tingkap dan pintu di rumah.

7. Beritahu jiran anda bila anda akan balik kampung, dan bila anda akan kembali ke rumah.

Untuk tujuan kebersihan dan keselamatan

1. Buang semua sampah.

buang_sampah
Buang sampah, elakkan bau busuk di dalam rumah. Foto oleh  NatalieMaynor.

2. Jika anda menggunakan gas masakan (cooking gas), pastikan saluran gas ditutup dengan betul.

3. Bersihkan peti sejuk. Buang semua makanan berlebihan.

4. Pastikan tiada pakaian yang tertinggal di dalam mesin basuh.

clothes_in_washing_machine
Pakaian basah yang ditinggalkan dalam mesin basuh akan berbau hapak. Foto oleh  Debs (ò‿ó)♪.

5. Tutup semua barangan eletrik dan elektronik anda. Ini untuk mengelakkan kerosakan akibat kilat dan power surge, di samping mengurangkan bil elektrik anda.

balik_kampung
Berhati-hati bila memandu balik ke kampung. Foto oleh mdpai75.

Jika anda ada tips atau panduan lain, kongsikan bersama kami di Twitter @JiwaKL.

Selamat bercuti!

Posted in Praktikal
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan