Lokasi sistem kamera AES di Lembah Klang

Kamera AES jenis tetap

Setiap tahun, lebih 6,000 nyawa terkorban akibat kemalangan di jalan raya. Sejak 24 September 2012 lepas, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah mula beroperasi di 14 buah ‘lokasi maut’ (blackspot) untuk mengesan pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju, serta melanggar lampu isyarat. 7 daripada 14 lokasi tersebut terletak di Lembah Klang.

Kamera AES diletakkan antara 50 sehingga 500 meter daripada persimpangan lampu isyarat berkenaan. Kamera AES boleh mengesan kelajuan kenderaan dari jarak 2 hingga 3 kilometer.

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang untuk meluaskan penggunaan AES ke lebih 1000 kamera di 831 lokasi di seluruh negara.

Kamera AES jenis mudah alih

Berikut adalah lokasi 7 kamera AES di Lembah Klang, termasuk koordinat GPS :

LokasiDaerahHad Kelajuan (km/h)Koordinat GPS
KM 301.9, KajangKajang9002.97565, 101.74259
KM 6.6 Jalan Kajang / PuchongKuala Lumpur9002.973157, 101.685212
KM D7.7 Sungai BesiKuala Lumpur8003.05085, 101.70506
Jalan Klang LamaKuala Lumpur03.085617, 101.673319
Jalan IpohKuala Lumpur03.177469, 101.68605
Jalan Lebuh SentosaPutrajaya7002.94656, 101.68422
Jalan Persiaran TimurPutrajaya8002.94313, 101.71394



Anda dinasihatkan untuk mengurangkan kelajuan kenderaan apabila menghampiri lokasi-lokasi ini.

Jika anda telah menerima notis saman AES, anda boleh menghubungi pusat kawalan AES menerusi talian 03-7628 8268 (untuk kesalahan yang direkodkan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Posted in Info
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan