Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 9-11 November 2012

Hari Jumaat ini merupakan hari terakhir persekolahan untuk tahun ini. Tentu ramai warga kota yang pergi bercuti. Kepada mereka yang masih di Lembah Klang, ini adalah di antara aktiviti menarik untuk hujung minggu ini, 9 hingga 11 November 2012:

Karnival Upin & Ipin


Kanak-kanak mesti seronok berjumpa maskot dan pelakon suara siri Upin & Ipin.
Lokasi: Stadium Titiwangsa
Tarikh: 9 hingga 11 November 2012 (9 pagi hingga 7 malam)

Ekspo Perfect Lifestyle 2012


Ingin mengubahsuai atau menaiktaraf hiasan dalaman rumah anda? Kunjungi ekspo Perfect Lifestyle 2012. Terdapat jualan barangan hiasan dalaman, seminar dan demonstrasi.

Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre
Tarikh: 9 hingga 11 November 2012 (10 pagi hingga 10 malam)

Projek Sukarelawan RockCorp Malaysia

“Bagi baru dapat”. Dapatkan 1 tiket konsert dengan membuat kerja sukarela bersama RockCorps Malaysia. Jika anda ingin turut serta dalam aktiviti ini, nyatakan hasrat anda dengan mengisi borang pendaftaran di laman Facebook RockCorps Malaysia.

Lokasi: Dewan Komuniti Bandar Manjalara
Tarikh: 11 November 2012 (8.30 pagi hingga 1 petang)

Terry Fox Run


Larian amal 5km untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kanser. Tiada yuran dikenakan, cuba beli T-shirt untuk mengumpul dana. Jika anda berminat untuk menjadi sukarelawan di acara ini, hantar emel kepada volunteers@terryfoxrunkl.org

Lokasi: Padang Merbok
Tarikh: 11 November 2012 (9 pagi hingga 11 pagi)

Dinosaurs live!


Terokai zaman dahulu kala dengan pameran interaktif melibatkan lebih 30 dinosaur.

Tarikh: Sepanjang bulan November, kecuali hari Jumaat (9 pagi hingga 5 petang)
Harga tiket: RM6 (dewasa), RM3 (kanak-kanak)

Maklumat lanjut: Pusat Sains Negara. Telefon +603 2089 3401

 

 

 

Ikuti aktiviti terkini melalui Kalendar JiwaKL.

Ada aktiviti lain yang menarik? Kongsi bersama kami di Twitter @JiwaKL.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan