Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 8-10 Mac 2013

Di antara aktiviti menarik untuk hujung minggu ini, 8 hingga 10 Mac 2013:
– Malaysia IT Fair 2013
– Star Trek: The Exhibition
– Sambutan Hari Wanita Antarabangsa
– Projek sukarelawan Generasi Gemilang

Malaysia IT Fair 2013

Malaysia IT Fair

Jualan barangan elektronik, komputer, multimedia dan telefon bimbit.

Tarikh: 8 hingga 10 Mac 2013, 10 pagi – 10 malam

Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre, KL.

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Malaysia IT Fair 2013 (Kalendar JiwaKL)

PAMERAN STAR TREK

Star-Trek-The-Exhibition-Malaysia

“Live long and prosper”

Jika anda belum lagi mengunjungi Star Trek: The Exhibition, inilah peluang anda untuk berlakon menjadi Kirk, Spock atau Picard.

Khas untuk TrekkerTrekkie dan lain-lain jenis peminat Star Trek. Tarikan yang dipamerkan termasuk replika transporter, kerusi Captain dan model Starship Enterprise sepanjang 7 meter.

Lokasi: Galery Aras 2, Pusat Sains Negara
Tarikh: sehingga 31 Mac 2013, 9 pagi hingga 5 petang. Setiap hari (tutup hari Jumaat)
Bayaran masuk: RM20 (dewasa) RM10 (kanak-kanak dan warga emas)
Maklumat lanjut: Laman Facebook – Star Trek The Exhibition

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa

international_womens_day

Sempena Hari Wanita Antarabangsa (International Women’s Day) 2013, Alliance Francaise de Kuala Lumpur menganjurkan pameran fotografi dan pertunjukan fesyen.

Majlis akan dirasmikan oleh Datin Paduka Marina Mahathir.

Tarikh: 8 Mac 2013
Lokasi: Alliance Francaise, Lorong Gurney, KL.

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: laman web Hari Wanita Antarabangsa 2013 (Kalendar JiwaKL)

Projek Sukarelawan Generasi Gemilang

generasi_gemilang

Pihak Generasi Gemilang memerlukan sukarelawan yang menyumbangkan tenaga dan kepakaran untuk mengajar kanak-kanak dari latarbelakang pendapatan rendah, dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris. Setiap hari Sabtu.

Lokasi: Taman Prima Selayang.

Maklumat lanjut dan pendaftaran sukarelawan: laman web Generasi Gemilang.

Tonton

oz_great_and_powerful_disney

Kami cadangkan filem terbaru dari studio Disney, Oz The Great & Powerful, di pawagam bermula 7 Mac 2013.
—-

Untuk aktiviti lain, lawati Kalendar JiwaKL — kini dengan lebih 300 acara dan aktiviti di sekitar Lembah Klang.
Jika anda ada berita mengenai aktiviti menarik yang lain, kongsikan bersama kami di Twitter @jiwaKL atau emel kami di info@jiwakl.com.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan