Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 8-10 Februari 2013

Hujung minggu ini, Lembah Klang dijangka lengang apabila ramai penduduk yang balik kampung untuk Tahun Baru Cina, ataupun mengambil kesempatan untuk bercuti. Oleh itu, tidak banyak aktiviti yang dianjurkan pada 8 hingga 12 Januari 2013. Kami ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada pembaca JiwaKL yang menyambut Tahun Baru. Berhati-hati apabila memandu.

5 aktiviti cadangan JiwaKL untuk hujung minggu ini:

1. Projek Sukarelawan RockCorps Malaysia

ROCKCORPS Malaysia Official Logo

Seperti biasa, pihak RockCorps menganjurkan beberapa projek untuk hujung minggu ini. Sumbangkan tenaga sebagai sukarelawan selama 4 jam, dan dapatkan tiket konsert untuk bulan Mac nanti.

8 Feb (2-6petang)
Tadika Rakyat Taman Sentosa
No 17A, Lorong Dato Dagangan, Taman Sentosa, 42000 Klang

9 Feb (10 pagi-2petang)
Klink Kanak-Kanak Percuma
16, SS5D/6, Kelana Jaya

10 Feb (dari 9 malam)
Pertiwi Soup Kitchen
Jalan Sultan Ismail (di belakang Tune Hotel)

Maklumat lanjut: laman Facebook RockCorps Malaysia

2. Bermain Wau di Taman Layang-Layang

Taman Metropolitan Kepong merupakan destinasi untuk mereka yang ingin bermain wau atau layang-layang. Juga dikenali sebagai Taman Layang-layang, taman ini terletak di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Sesuai untuk satu keluarga berehat, beriadah dan picnic.

Masuk percuma.

taman_layang_layang

Penjual layang-layang di Taman Metropolitan. Foto oleh Phalinn Ooi.

3. Lawati Zoo Negara

Zoo Negara dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang. Jangan lepaskan peluang menonton pertunjukan haiwan setiap 11 pagi dan 3 petang. Bawa topi dan payung.

Bayaran masuk untuk hujung minggu dan cuti umum (dengan MyKad/MyKid)
– dewasa: RM30
– kanak-kanak 3-12 tahun: RM6
– warga emas 60 tahun ke atas: RM10
– kamera video: RM15

zoo_negara

Zoo Negara. Foto oleh Phalinn Ooi.

Maklumat lanjut: laman web Zoo Negara Malaysia

4. Berkelah di Hutan Lipur

air terjun gabai

Anda mungkin tidak tahu bawaha terdapat beberapa taman hutan lipur di negeri Selangor, yang dibuka kepada orang ramai dari 7 pagi sehingga 6 petang. Sesuai untuk keluarga untuk berkelah dan mandi-manda di sungai.  Hutan lipur yang dikelolakan oleh Jabatan Perhutanan:

Bayaran masuk biasanya RM1 untuk dewasa dan 50sen untuk kanak-kanak.

5. Red Bazaar

redbazaar

Red Bazaar menawarkan persembahan muzik live, gerai menjual makanan dan pelbagai barangan (pakaian, kraf, barangan terpakai) dan pameran seni.

Tarikh: 8 Feb 2013 (Jumaat) 3 petang-11 malam, 9 Feb 2013 (Sabtu) 12 tengah hari – 8 malam

Lokasi: WariSeni, Jalan Ampang (terletak di antara stesen monorel Bukit Nanas dan stesen LRT Dang Wangi).

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Twitter GreenAid Enterprise @GreenaidEnt

Tonton

agooddaytodiehard

Kami cadangkan filem aksi A Good Day To Die Hard. Pelakon veteran Bruce Willis kembali semula sebagai John McClane.

—-

Untuk aktiviti lain, lawati Kalendar JiwaKL — kini dengan lebih 300 acara dan aktiviti di sekitar Lembah Klang.
Jika anda ada berita mengenai aktiviti menarik yang lain, kongsikan bersama kami di Twitter @jiwaKL atau emel kami di info@jiwakl.com.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan