Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 7-9 Jun 2013

Di antara aktiviti menarik di sekitar Lembah Klang untuk hujung minggu ini, 7 hingga 9 Jun 2013:

– Hari United Against Crime
– Konsert M. Nasir: Sang Pencipta
– Pameran Pengantin Malaysia 2013
– Buzz-aarr di Rasta TTDI
– Pameran Hartanah

Inilah hujung minggu terakhir untuk cuti sekolah pertengahan tahun. Pada hari Isnin, kanak-kanak dan ibu bapa kembali kepada routine biasa.

Hari United Against Crime

united_against_crime

United Against Crime (Bersama Membanteras Jenayah) merupakan inisiatif daripada Performance Management & Delivery Unit (PEMANDU). Dapatkan maklumat mengenai langkah-langkah membenteras jenayah.

Tarikh: 8 Jun 2013, 11 pagi
Lokasi: Esplande, Taman KLCC

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: laman web United Against Crime

Konsert M. Nasir: Sang Pencipta

poster_MNSP

Saksikan konsert dari sifu M.Nasir bertajuk Sang Pecinta, diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan dan pemuzik gamelan Orkestra Tradisional Malaysia.

Tarikh: 7-9 Jun 2013, bermula 8.30 malam
Lokasi: Istana Budaya

Harga tiket: Dari RM65 ke RM455.

Maklumat lanjut: Konsert M. Nasir Sang Pencipta (Kalendar JiwaKL)

Pameran Pengantin Malaysia 2013

Pameran dan jualan barangan & perkhidmatan berkaitan dengan perkahwinan dan persandingan. Pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk penyertaan selebriti tempatan.

Tarikh: 7-9 Jun 2013, 10 pagi hingga 9 malam
Lokasi: Putrajaya International Convention Centre

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Pameran Pengantin Malaysia 2013 (Kalendar JiwaKL)

Buzz-aarr di Rasta TTDI

Jom kita bershopping sambil berhibur di Buzz-Aarr. 50 gerai menjual pelbagai barangan dan makanan akan disediakan, di samping open mic untuk mereka yang ingin menonjolkan bakat.

buzz-aarr

Tarikh: 8 & 9 Jun 2013, 11 pagi hingga 7 petang
Lokasi: Rasta TTDI

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Buzz-aarr Rasta TTDI (Kalendar JiwaKL)

Pameran Hartanah

Ingin membeli rumah atau melabur dalam bidang hartanah? Kunjungi acara-acara ini:

Pameran Harta Tanah Bumiputera 2013 BPEX
Putra World Trade Centre
8 & 9 Jun 2013, 11 pagi- 9 malam

CIMB Property Mart Home Fiesta – Jun 2013
Hotel Istana
8 Jun 2013, 9 pagi- 12 tengah hari

—-

Untuk aktiviti lain, lawati Kalendar JiwaKL — kini dengan lebih 400 acara dan aktiviti di sekitar Lembah Klang.
Jika anda ada berita mengenai aktiviti menarik yang lain, kongsikan bersama kami di Twitter @jiwaKL atau emel kami di info@jiwakl.com.

Setiap acara dan butir-butir acara tertakluk kepada sebarang perubahan oleh pihak penganjur.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan