Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 5-7 April 2013

Di antara aktiviti menarik untuk hujung minggu ini, 5-7 April2013:
– Ekspo Perfect Livin’ 2013
– Maternity & Children Expo
– Macau Festival 2013
– LayanFest 2013
– Sambutan Perayaan Hari Vaisakhi
– Hari Terbuka IPTS

 

Ekspo Perfect Livin’ 2013

perfect_livin2013_logo

Pameran dan jualan barangan dan perkhidmatan hiasan rumah.

Tarikh: 4-7 April 2013, 10 pagi – 9 malam
Lokasi: PWTC
Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Ekspo Perfect Livin 2013 (Kalendar JiwaKL)

Maternity & Children Expo

maternity_children_expo

Jualan barangan dan tawaran perkhidmatan untuk ibu mengandung, bayi dan kanak-kanak.

Tarikh: 5-7 April 2013, 10 pagi-9 malam
Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre
Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Maternity & Children Expo 5 (Kalendar JiwaKL)

Macau Festival 2013

macau_festival_2013

Pelbagai aktiviti untuk membolehkan anda mengenali budaya dan makanan negara Macau, di samping mendapat maklumat mengenai pakej cuti dan pelancongan.

Tarikh: 5-7 April 2013, 11 pagi – 8 malam
Lokasi: Sunway Pyramid
Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Macau Festival 2013 (Kalendar JiwaKL)

LayanFest 2013

layanfest

Sehari penuh dengan seni, muzik, teater, komedi dan makanan, untuk meningkatkan kesedaran mengenai peranan  Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) dan mengumpil dana untuk seni.

Tarikh: 7 April 2013, 11 pagi – 8.30 malam
Lokasi: Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC)
Masuk percuma, sumbangan dialu-alukan.

Maklumat lanjut: LayanFest 2013 (Kalendar JiwaKL)

Sambutan Perayaan Hari Vaisakhi

Saksikan pertunjukan kesenian kaum Punjab dan tarian Bhangra, sempena sambutan perayaan Hari Vaisakhi ke 27 di Malaysia.

Tarikh: 7 April 2013, 4 petang
Lokasi: Pasar Seni (Central Market)
Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Sambutan Perayaan Vaisakhi (Kalendar JiwaKL)

Hari Terbuka IPTS

Ingin melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Tinggi Swasta? Kunjungi Hari Terbuka (Open Day) di IPTS berikut:

* Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampus Setapak.   6-7 April, 9.30 pagi – 5.30 petang. Info.
* UCSI University, KL kampus, New Wing. 6-7 April,  9 pagi-5 petang.

 

—-

Untuk aktiviti lain, lawati Kalendar JiwaKL — kini dengan lebih 300 acara dan aktiviti di sekitar Lembah Klang.
Jika anda ada berita mengenai aktiviti menarik yang lain, kongsikan bersama kami di Twitter @jiwaKL atau emel kami di info@jiwakl.com.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan