Kompilasi aktiviti hujung minggu 4-6 Januari 2013

Selamat tahun baru! Di antara aktiviti menarik hujung minggu ini, 4 hingga 6 Januari 2013.

Raising The Bar Festival

raising_the_bar_festival_2013

Festival hip-hop besar-besaran, dengan ramai barisan artis, MC dan DJ tempatan dan antarabangsa beraksi di 3 pentas.

Tarikh: 5 Januari 2013, 12 tengah hari hingga lewat malam
Lokasi: KLPAC (Kuala Lumpur Performing Arts Centre), Sentul
Harga tiket: RM68 seorang (di lokasi)

Maklumat lanjut: Raising The Bar Festival.

ROCKCORPS Malaysia Official Logo

Ingin masuk percuma untuk Raising The Bar DAN dapatkan tiket konsert percuma? Datang dan sumbang sebagai sukarelawan RockCorps Malaysia. Untuk mendaftar sebagai sukarelawan, hantar emel ke info@tzi.com.my

Weekender Bazaar

weekender_bazaar

Bazaar hujung minggu baru yang diadakan di SOHOKL, Solaris Mont Kiara. Anda boleh shopping dari usahawan fesyen, pembekal seni & kraf dan juga kedai blog.

Lokasi: SOHOKL, Solaris Mont Kiara
Tarikh: 4 dan 5 Januari 2013, 2 petang hingga 10 malam

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: laman Facebook Weekender Bazaar.

Garena Carnival

garena_carnival

Gamers mesti hadir ke Garena Carnival. Selain pertandingan eSports untuk Blackshot, League of Legends dan Heroes of Newerth, anda juga berpeluang memenangi cabutan bertuah, mengambil foto dengan cosplayer dan membeli Garena shells dengan diskaun istimewa.

Lokasi: Centre Court, Mid Valley Megamall
Tarikh: 4 hingga 6 Januari 2013, 10 pagi hingga 10 malam
Maklumat lanjut: Garena Carnival

Pameran Pengantin Malaysia

pameran_pengantin_malaysia

Kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga, jangan lupa mengunjungi Pameran Pengantin Malaysia. Di antara acara yang diadakan termasuk cabutan bertuah, persembahan tarian dan nyanyian, demonstrasi gubahan bunga, perarakan pengantin dan sesi soal jawab.

Lokasi: Ampang Point Shopping Centre
Tarikh: 4 hingga 6 Januari 2013, 10 pagi hingga 10 malam

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: laman Facebook Pameran Pengantin Malaysia

I Love Bazaar

ILoveBazaar_2013_Jan_Mar

Bazaar dalam pusat membeli-belah Subang Parade ini menawarkan barangan seperti pakaian, beg, kasut, aksesori, barangan vintage dan banyak lagi.

Tarikh: 5 dan 6 Januari 2013, 11 pagi hingga 9 malam
Lokasi: Tingkat 1, Subang Parade

Masuk Percuma.

Maklumat lanjut: I Love Bazaar

Hari Terbuka Sunway University

Ingin meneruskan pendidikan ke tahap yang lebih tinggi? Sunway University akan menganjurkan hari terbuka pada hari Sabtu ini. Dapatkan maklumat lanjut mengenai kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti ini, serta bantuan kewangan seperti biasiswa.

Tarikh: 5 Januari 2013, 10 pagi hingga 4 petang
Lokasi: No. 5, Jalan Universiti, Bandar Sunway

Maklumat lanjut: Sunway University

Tonton

CZ12-Chinese-Zodiac-2012-HK-film-movie-poster-e1356693023764

Kami cadangkan filem aksi Jackie Chan yang terakhir, CZ12 (Armour of God III: Chinese Zodiac). Filem ini merupakan filem #1 di Malaysia untuk minggu lepas, mengalahkan filem barat seperti The Hobbit dan Jack Reacher.

—-

Jika anda ada berita mengenai aktiviti menarik yang lain, kongsikan bersama kami di Twitter @jiwaKL atau emel kami di info@jiwakl.com.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan