Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 30 November – 2 Disember 2012

Di antara aktiviti menarik untuk hujung minggu ini, 30 November hingga 2 Disember 2012.

Maternity and Children Expo

Pelbagai seminar, acara pentas, aktiviti khas dan jualan barangan untuk ibu mengandung dan kanak-kanak.

Tarikh: 30 November hingga 2 Disember 2012 (10 pagi hingga 9 malam)
Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre
Masuk percuma.

The Star Property Fair

Pesta Hartanah kelolaan The Star menampilkan pelbagai projek perumahan, termasuk kondominium mewah, rumah banglo dan rumah teres yang berpatutan.

Tarikh: 30 November hingga 2 Disember 2012 (10 pagi hingga 10 malam)
Lokasi: Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC
Masuk percuma.

TEDxWomenKL 2012

Bertemakan “The Space Between”, TEDxKLwomen akan membawa barisan speaker yang mantap, termasuk Marina Mahathir, Aireen Omar, Ida Nerina.

Tarikh: 1 Disember 2012 (2 hingga 6 petang)
Lokasi: Cathay Cineplex Damansara, e@Curve
RM100 seorang.

Konsert Jennifer Lopez

Persembahan konsert live oleh Jennifer Lopez yang pertama di Malaysia.

Tarikh: 2 Disember 2012 (8 malam)
Lokasi: Stadium Merdeka
Harga tiket dari RM168

Dinosaurs Live!

Terokai zaman dahulu kala dengan pameran interaktif melibatkan lebih 30 dinosaur.

Tarikh: Sepanjang bulan November, kecuali hari Jumaat (9 pagi hingga 5 petang)
Harga tiket: RM6 (dewasa), RM3 (kanak-kanak)

Maklumat lanjut: Pusat Sains Negara. Telefon +603 2089 3401

 

Ikuti aktiviti terkini melalui Kalendar JiwaKL.

Ada aktiviti lain yang menarik? Kongsi bersama kami di Twitter @JiwaKL.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan