Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 3-5 Mei 2013

Di antara aktiviti menarik di sekitar Lembah Klang untuk hujung minggu ini, 3 hingga 5 Mei 2013:
– Pilihanraya Umum 2013
– Pesta Buku Antarabangsa
– Ekspo hiasan rumah HOMEDEC
– DCIM Show 2013
– Bazar
– Konsert & Muzik

Jom Mengundi – 5 Mei 2013

Pilihanraya Umum 13

Sudah tiba masanya kita menjalankan tanggungjawab untuk menentukan masa depan negara. Jangan lupa:

* Semak dan cetak pendaftaran anda.
* Bawa kad pengenalan.
* Datang awal (masa untuk mengundi: dari 8 pagi hingga 5 petang).

Dapatkan keputusan rasmi pilihanraya di laman web Suruhanjaya Pilihanraya.

Pesta Buku Antarabangsa

pesta_buku_antarabangsa_kuala_lumpur

Jualan buku besar-besaran daripada penerbit tempatan dan antarabangsa. Jangan lupa anda boleh mendapat pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM1,000 setahun untuk belian buku dan majalah.

Tarikh: Sehingga 4 Mei 2013, 9 pagi – 10 malam (Jumaat & Sabtu).
Lokasi: PWTC

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (Kalendar JiwaKL)

HOMEDEC – Ekspo Hiasan Rumah

HomeDec 2013

Pameran dan jualan perabot dan barangan hiasan rumah.

Tarikh: 1-4 Mei 2013, 10 pagi-8 malam
Lokasi: Kuala Lumpur Convention Centre

Masuk percuma.

Maklumat lanjut:  HOMEDEC Ekspo Hiasan Rumah (Kalendar JiwaKL)

DCIM Show 2013

DCIM 2013

Ekspo DCIM Show ini khas untuk peminat kamera digital, pengimejan dan multimedia.

Tarikh: 3-5 Mei 2013, 11 pagi – 9 malam
Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre

Maklumat lanjut:  DCIM Show 2013 (Kalendar JiwaKL)

Bazar

Screen Shot 2013-04-10 at 4.08.52 PM

I Love Bazaar 4 & 5 Mei, 11 pagi – 9 malam
Subang Parade, Subang Jaya Selangor

Pasar Perancis – Le Marché de France 4 Mei 2013, dari 5 petang
Alliance Francaise, Kuala Lumpur

Konsert & Muzik

World Youth Jazz Festival

Konsert Percuma – World Youth Jazz Festival  3-5 Mei, 6.30 petang
Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Konsert Andrea Bocelli Live in Kuala Lumpur  5 Mei, 8.30 malam
Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

—-

Untuk aktiviti-aktiviti lain, lawati Kalendar JiwaKL — kini dengan lebih 400 acara dan aktiviti di sekitar Lembah Klang.
Jika anda ada berita mengenai aktiviti menarik yang lain, kongsikan bersama kami di Twitter @jiwaKL atau emel kami di info@jiwakl.com.

** Setiap acara dan butir-butir acara tertakluk kepada sebarang perubahan oleh pihak penganjur.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan