Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 29-31 Mac 2013

Di antara aktiviti menarik untuk hujung minggu ini, 29 hingga 31 Mac 2013:
– Putrajaya International Balloon Festival
– Malaysia International Shoe Festival
– Jobstreet Malaysia Training & Careers Fair
– Ekspo Pendidikan United Kingdom 2013
– Pameran Pengantin Malaysia 2013

Putrajaya International Balloon Festival

putrajaya_balloon_fiesta

Belon udara panas (hot air balloon) akan memenuhi angkasa Putrajaya di hujung minggu ini.   Jangan lupa bawa kamera, topi & cermin mata hitam.

Tarikh: 28-31Mac 2013, 7 pagi – 9 malam
Lokasi: Sekitar Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya.

Masuk percuma.

Maklumat lanjut:  Putrajaya International Balloon Festival (Kalendar JiwaKL)

Malaysia International Shoe Festival

photo

Tambahkan koleksi kasut anda di Malaysia International Shoe Festival. Selain jualan kasut dan aksesori, ekspo ini juga akan menampilkan pertunjukan fesyen, pameran mini dari perekacipta muda, dan pameran koleksi kasut dari Dato’ Jimmy Choo.

Tarikh: 28-31 Mac 2013, 10 pagi – 8.30 malam
Lokasi: PWTC

Masuk percuma.

Maklumat lanjut:  Malaysia International Shoe Festival (Kalendar JiwaKL)

Jobstreet Malaysia Training & Careers Fair

Ekspo kerjaya anjuran Jobstreet ini mendapat sambutan yang baik, dengan penyertaan oleh lebih 100 syarikat. Kilatkan kasut, gosok baju elok-elok dan bawa salinan CV/resume anda.

Tarikh: 29-31 Mac 2013, 10 pagi hingga 7 malam
Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre

Masuk percuma.

Maklumat lanjut:  Jobstreet Malaysia Training & Careers Fair (Kalendar JiwaKL)

Ekspo Pendidikan United Kingdom 2013

Pelajar lepasan sekolah terutamanya yang baru mendapat keputusan peperiksaan SPM, jom tinjau-tinjau peluang melanjutkan pendidikan di United Kingdom. Banyak institusi pengajian tinggi (kolej dan universiti) dari England, Scotland, Wales dan Northern Ireland akan turut serta.

Tarikh: 30 & 31 Mac 2013, 11 pagi – 6 petang
Lokasi: KL Convention Centre, KLCC

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Ekspo Pendidikan United Kingdom 2013 (Kalendar JiwaKL)

Pameran Pengantin Malaysia 2013

Pameran dan jualan pelbagai persiapan dan perkhidmatan untuk perkahwinan dan persandingan.

Tarikh: 29-31 Mac 2013, 10 pagi hingga 9 malam

Lokasi: PWTC

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: laman blog Pameran Pengantin Malaysia
—-

Untuk aktiviti lain, lawati Kalendar JiwaKL — kini dengan lebih 300 acara dan aktiviti di sekitar Lembah Klang.

Jika anda ada berita mengenai aktiviti menarik yang lain, kongsikan bersama kami di Twitter @jiwaKL atau emel kami di info@jiwakl.com.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan