Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 28-30 Jun 2013

Di antara aktiviti menarik di sekitar Lembah Klang untuk hujung minggu ini, 28 hingga 30 Jun 2013:
– Konsert M. Nasir Sang Pencipta
– Karnival Breaking Tha Barrier
– Tempatan Fest 2.0
– I Love Bazaar
– Sukma 2013

Akibat keadaan cuaca, beberapa aktiviti ditunda, termasuk konsert Loudness dan Standard Chartered KL Marathon.

Konsert M. Nasir Sang Pencipta

 

poster_MNSP

Saksikan konsert dari sifu M.Nasir bertajuk Sang Pecinta, diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan dan pemuzik gamelan Orkestra Tradisional Malaysia.

Tarikh: 28-30 Jun 2013, 8.30 malam
Lokasi: Panggung Sari, Istana Budaya

Harga tiket: dari RM65.

Maklumat lanjut: Konsert M. Nasir Sang Pencipta (Kalendar JiwaKL)

Karnival Breaking Tha Barrier

Carnival A3 FINAL

Karnival Breaking Tha Barrier menampilkan pelbagai aktiviti termasuk bazar, bengkel edutainment (pendidikan+hiburan), ceramah motivasi, showcase muzik oleh artis tempatan dan perjumpaan besar-besaran sukarelawan RockCorps Malaysia.

Tarikh: 29 & 30 Jun 2013
Lokasi:SS Two Mall, PJ

Masuk percuma.
Maklumat lanjut: Karnival Breaking Tha Barrier (Kalendar JiwaKL)

Tempatan Fest 2.0

tempatan_fest

Festival pereka fesyen independent tempatan.

Tarikh: 29 & 30 Jun 2013
Lokasi: 24, Dataran DDEC, Jalan Kia Peng

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: laman Facebook Tempatan Fest.

I Love Bazaar

Screen Shot 2013-04-10 at 4.08.52 PM

Jom shopping – pelbagai barangan termasuk pakaian dan aksesori.

Tarikh: 29 & 30 Jun 2013
Lokasi: Subang Parade

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: I Love Bazaar (Kalendar JiwaKL)

Sukan dan Rekreasi

Tertakluk kepada keadaan cuaca.

Sukan Malaysia 2013 (Sukma)
Asian Extreme Sports Championship
Skate Malaysia 2013

—-

Untuk aktiviti lain, lawati Kalendar JiwaKL — kini dengan lebih 400 acara dan aktiviti di sekitar Lembah Klang.
Jika anda ada berita mengenai aktiviti menarik yang lain, kongsikan bersama kami di Twitter @jiwaKL atau emel kami di info@jiwakl.com.

Setiap acara dan butir-butir acara tertakluk kepada sebarang perubahan oleh pihak penganjur.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan