Kompilasi aktiviti hujung minggu 28-30 Disember 2012

Hampir tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada 2012, and selamat datang kepada 2013. Di antara aktiviti menarik hujung minggu terakhir tahun ini, 28 hingga 30 Disember 2012.

Konsert Rock The World 2012

Rock The World 12

Konsert tajaan syarikat telekomunikasi Tune Talk ini menampilkan barisan 45 band dan artis tempatan.

Lokasi: Padang Merbok, Kuala Lumpur
Tarikh: 29 Disember 2012, 10 pagi hingga lewat malam

Harga tiket: RM30 seorang
Maklumat lanjut: Rock The World 2012

Karnival Jom Heboh TV3

jom heboh 2012

Karnival terbesar anjuran TV3 kembali ke Kuala Lumpur untuk tahun ke 10. Jangan lepaskan peluang beramah mesra dengan para personaliti TV3 dan juga artis tanah air.

Lokasi: Stadium Bukit Jalil
Tarikh: 29 dan 30 Disember 2012
Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Jom Heboh 2012

Fuyoh Art Bazaar Disember 2012

fuyoh_art_bazaar.pg

Jualan pakaian, aksesori dan kraftangan, serta persembahan dari busker.

Lokasi: Publika
Tarikh: 30 Disember 2012, 10 pagi hingga 6 petang
Masuk percuma.

Pameran Star Trek

Star-Trek-The-Exhibition-Malaysia

“To go boldly where no man has gone before.”

Khas untuk Trekker, Trekkie dan lain-lain jenis peminat Star Trek. Tarikan yang dipamerkan termasuk replika transporter, kerusi Captain dan model Starship Enterprise sepanjang 7 meter.  Inilah peluang anda untuk berlakon menjadi Kirk, Spock atau Picard.

Lokasi: Galery Aras 2, Pusat Sains Negara
Tarikh: sehingga 31 Mac 2012. 9 pagi hingga 5 petang. Setiap hari (tutup hari Jumaat)
Bayaran masuk: RM20 (dewasa) RM10 (kanak-kanak dan warga emas)
Maklumat lanjut: Laman Facebook – Star Trek The Exhibition

Tonton

les_miserables

Siapa nak tengok Wolverine (Hugh Jackman), Catwoman (Anne Hathaway) dan Maximus si Gladiator (Russell Crowe) menyanyi? Kami cadangkan filem muzikal Les Miserables, berdasarkan novel oleh penulis Perancis Victor Hugo.

 

—–

Ikuti aktiviti terkini melalui Kalendar JiwaKL.

Ada aktiviti lain yang menarik? Kongsi bersama kami di Twitter @JiwaKL.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan