Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 26-28 April 2013

Di antara aktiviti menarik di sekitar Lembah Klang untuk hujung minggu ini, 26 hingga 28 April 2013:
– Festival Kakiseni
– KL International Jazz Festival
– Pesta Buku Antarabangsa KL
– Health and Fitness Sports Expo
– Malaysian Property Expo

Festival Kakiseni

kakiseni_festival_2013

Persembahan muzik, teater, pameran seni dan banyak lagi aktiviti.  Jangan ketinggalan menyaksikan Street Parade  pada 28 April, di kawasan Bukit Bintang.

Tarikh: sehingga 1 Mei 2013, 10 pagi hingga lewat malam.
Lokasi: Pavilion KL.

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Kakiseni Festival 2013 (Kalendar JiwaKL)

KL International Jazz Festival

KL_internationaL-Jazz-Festival-Logo-2013

Persembahan artis jazz tempatan dan antarabangsa di 5 pentas, pameran dan jualan.

Tarikh: 27 & 28 April 2013, 11 pagi hingga lewat malam.
Lokasi: Festival Village, kampus Universiti Malaya

Bayaran masuk: RM45 hingga RM288 sehari.

Maklumat lanjut: KL International Jazz Festival 2013 (Kalendar JiwaKL)

Pesta Buku Antarabangsa

pesta_buku_antarabangsa_kuala_lumpur

Jualan buku besar-besaran daripada penerbit tempatan dan antarabangsa. Jangan lupa anda boleh mendapat pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM1,000 setahun untuk belian buku dan majalah.

Tarikh: 26 April – 5 Mei 2013, 10 pagi hingga 7 malam.
Lokasi: PWTC

Masuk percuma. Pesta buku ini dilanjutkan ke pukul 9 malam pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan pada cuti umum.

Maklumat lanjut: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (Kalendar JiwaKL)

Health and Fitness Sports Expo

Health_Fitness_Expo2013_logo

Ekspo bertemakan kesihatan dan kecergasan (Health and Fitness). Kunjungi pembekal perkhidmatan dan barangan sukan, kesihatan, dan aktiviti luar (outdoor activity).

Tarikh: 26-28 April 2013, 10.30 pagi – 8 malam.
Lokasi: Kuala Lumpur Convention Centre

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Health and Fitness Sports Expo 2013 (Kalendar JiwaKL)

Malaysian Property Expo

MAPEX 2013

Ekspo hartanah Malaysia MAPEX menampilkan pelbagai projek perumahan dan hartanah terkini. Untuk mereka yang ingin membeli rumah untuk tujuan kediaman atau pelaburan.

Tarikh: 26-28 April 2013, 10 pagi – 9 malam.
Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: MAPEX – Malaysian Property Expo (Kalendar JiwaKL)


Untuk aktiviti lain, lawati Kalendar JiwaKL — kini dengan lebih 400 acara dan aktiviti di sekitar Lembah Klang.
Jika anda ada berita mengenai aktiviti menarik yang lain, kongsikan bersama kami di Twitter @jiwaKL atau emel kami di info@jiwakl.com.

Setiap acara dan butir-butir acara tertakluk kepada sebarang perubahan oleh pihak penganjur.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan