Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 25-27 Januari 2013

Kita ada 2 cuti umum berdekatan dengan hujung minggu ini, jadi mesti ramai yang off hari Jumaat ini. Di antara aktiviti menarik untuk hujung minggu ini, 25 hingga 27 Januari 2013:

– Malaysia Chocolate & Candy Fair
– Ekspo Pendidikan Tinggi MACPU
– EXPOSE Career Placement
– SPARC Series #12 dengan myBurgerlab & FashionValet.com
– I Love Bazaar di Subang Parade
– Bengkel Performance Confidence & Ethics dan Graffitti percuma
– Projek sukarelawan RockCorps Malaysia

KL Auto Show 2013

KL Auto Show yang dijadualkan untuk hujung minggu ini telah ditangguh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Malaysia Chocolate & Candy Fair

choc_candy_fair

Untuk mereka yang mempunyai sweet tooth. Selain jualan coklat dan candy, terdapat juga demonstrasi membuat coklat, kuiz dan permainan kanak-kanak.

Masuk percuma.

Tarikh: 25 Jan – 3 Feb 2013,
Lokasi: Bukit Bintang Plaza
Maklumat lanjut: Malaysia Chocolate & Candy Fair (Kalendar JiwaKL)

Ekspo Pendidikan Tinggi MACPU

logo_mapcu

Ingin melanjutkan pelajaran? Kunjungi Ekspo Pendidikan Tinggi MACPU.Ketahui dengan lebih lanjut mengenai kursus-kursus dan ijazah yang ditawarkan, dan juga peluang bantuan kewangan.

Tarikh: 26-27 Januari 2013, 11 pagi-6 petang
Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre
Maklumat lanjut: Ekspo Pendidikan Tinggi MACPU (Kalendar JiwaKL)

Expose Career Placement Week

expose_jan2637

Peluang pekerjaan untuk para pelajar dan graduan yang minat menceburi industri petroleum, kejuruteraan dan tenaga (Oil and Gas, Engineering and Energy).

Tarikh: 26-27 Januari 2013, 11 pagi-6 petang
Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre
Maklumat lanjut: Expose Career Placement Week (Kalendar JiwaKL)

SPARC Series #12: Kebangkitan Ekonomi Berasaskan Belia

SPARC_Event_Poster

SPARC Series #12 akan membawakan topik Rise of Youth-based Economy (Kebangkitan Ekonomi Berasaskan Belia), dengan 2 tetamu menarik iaitu Fadza Anuar (FashionValet.com) dan Renyi (myBurgerLab).

Tarikh: 26 Januari 2013, 2.30 petang
Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre
Maklumat lanjut: SPARC Series #12 (Kalendar JiwaKL)

I Love Bazaar

ILoveBazaar_2013_Jan_Mar

Bazar dalam pusat membeli-belah Subang Parade ini menawarkan barangan seperti pakaian, beg, kasut, aksesori, barangan vintage dan banyak lagi.

Tarikh: 26-27 Januari 2013, 11 pagi hingga 9 malam
Lokasi: Tingkat 1, Subang Parade
Maklumat lanjut: I Love Bazaar (Kalendar JiwaKL)

Bengkel percuma: Performance Ethics dan Graffitti

Pihak RockCorps Malaysia dan Culture Run bergabung tenaga untuk menjayakan 2 workshop (bengkel) seni pada hujung minggu ini.

rcm_culturerun_workshop

Lokasi: CRIBKL, No 2, Lorong SS 3/59A Petaling Jaya (belakang LRT Taman Bahagia)

1. Confidence and Performance Ethics Workshop dengan Cody ‘Coex’ Foo.
26 Januari 2013, 2.30-4.30 petang
2. Graffiti Workshop dan Mun “K.OS” & Ian “Truf”
27 Januari 2013, 2.30-4.30 petang

Penyertaan adalah percuma, tetapi tempat terhad. Untuk pendaftaran, layari laman web Culture Run.

Projek Sukarelawan RockCorps Malaysia

ROCKCORPS Malaysia Official Logo

Pihak RockCorps menganjurkan beberapa projek untuk hujung minggu ini. Sumbangkan tenaga sebagai sukarelawan selama 4 jam, dan dapatkan tiket konsert untuk bulan Mac nanti.

Membantu acara KL Dragons vs Indonesia Warriors
Lokasi: MABA Stadium
Tarikh: 26 Januari 2013

Projek pembersihan sempena sambutan Thaipusam dengan Majlis Perbandaran Selayang dan Sathya Sai Baba
Lokasi: Batu Caves
Tarikh: 26-28 Januari 2013

Maklumat lanjut: laman Facebook RockCorps Malaysia

 

—-

Untuk aktiviti lain, lawati Kalendar JiwaKL — kini dengan lebih 300 acara dan aktiviti di sekitar Lembah Klang.
Jika anda ada berita mengenai aktiviti menarik yang lain, kongsikan bersama kami di Twitter @jiwaKL atau emel kami di info@jiwakl.com.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan