Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 24-26 Mei 2013

Esok sudah bermula cuti sekolah – ibu bapa mesti tengah sibuk merancang aktiviti semasa cuti nanti. Esok juga merupakan cuti umum sempena Hari Wesak.

Di antara aktiviti menarik di sekitar Lembah Klang untuk hujung minggu ini, 25 hingga 27 Januari 2013:
– Festival Belia Putrajaya 2013
– PC Expo
– I Love Bazaar
– Tayangan filem percuma: ET
– Teddy & Friends Day Out

Festival Belia Putrajaya 2013

Festival_Belia_Putrajaya_2013

Festival Belia Putrajaya 2013 berkonsepkan kepada membangunkan potensi diri, melestarikan kreativiti dan inovatif serta memartabatkan perpaduan dan jatidiri.  Lebih 500 acara akan diadakan.

Tarikh: sehingga 26 Mei 2013
Lokasi: di sekitar Putrajaya

Penyertaan percuma.

Maklumat lanjut: Festival Belia Putrajaya 2013 (Kalendar JiwaKL)

PC Expo

PC Expo 2013

Jualan barangan multimedia, komputer, telefon bimbit dan pelbagai peralatan elektronik.

Tarikh: 24-26 Mei 2013, 11 pagi – 9 malam
Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: PC Expo 2013 (Kalendar JiwaKL)

I Love Bazaar

Screen Shot 2013-04-10 at 4.08.52 PM

Bazar dalam pusat membeli-belah Subang Parade ini menawarkan barangan seperti pakaian, beg, kasut, aksesori, barangan vintage dan banyak lagi.

Tarikh: 25 & 26 Mei 2013, 11 pagi – 9 malam
Lokasi: Subang Parade

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: I Love Bazaar – Mei 2013 (Kalendar JiwaKL)

Tayangan Filem Percuma: ET The Extra Terrestrial

filem ET

ET: The Extra-Terrestrial adalah filem klasik science fiction. Filem arahan Steven Spielberg ini dibintangi Dee Wallace, Henry Thomas dan Peter Coyote.

Tarikh: 25 & 26 Mei 2013, 4 petang
Lokasi: Paradiso Lounge, Solaris Dutamas

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Tayangan Filem Percuma: ET The Extra Terrestrial (Kalendar JiwaKL)

Teddy & Friends Day Out

Screen Shot 2013-05-23 at 8.55.51 AM

Teddy & Friends Day Out dianjurkan untuk mengumpul dana bagi pihak National Autistic Society of Malaysia. Kanak-kanak boleh meneroka alam dinosaur melalui permainan. Jangan lupa membawa teddy bear.

Tarikh: 24-28 Mei 2013
Lokasi: Suria KLCC

Bayaran masuk: RM20 setiap kanak-kanak. 2 orang dewasa boleh mengiringi setiap kanak-kanak.

Maklumat lanjut: laman Facebook Suria KLCC.

—-

Untuk aktiviti lain, lawati Kalendar JiwaKL — kini dengan lebih 400 acara dan aktiviti di sekitar Lembah Klang.
Jika anda ada berita mengenai aktiviti menarik yang lain, kongsikan bersama kami di Twitter @jiwaKL atau emel kami di info@jiwakl.com.

Setiap acara dan butir-butir acara tertakluk kepada sebarang perubahan oleh pihak penganjur.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan