Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 23-25 November 2012

Di antara aktiviti menarik di sekitar Lembah Klang pada hujung minggu ini, 23 hingga 25 November 2012:

UrbanScapes 2012

Festival seni, muzik dan kreatif yang sudah sedekad bertapak di Malaysia. Menampilkan persembahan dari artis antarabangsa dan tempatan, termasuk Sigur Rós dan Yuna.

Tarikh: 24 dan 25 November 2012
Lokasi: Padang Astaka, Petaling Jaya
Harga tiket: dari RM87.

Projek Sukarelawan Rockcorps Malaysia

Sebagai balasan membuat kerja sukarelawan selama 4 jam, RockCorps akan memberi makanan, minuman, T-shirt serta konsert mini.

24 November 2012 (8.30 pagi-2 petang)
Pusat Perniagaan Taman Maluri. Konsert dibintangi Double Call, KL Drumline Corps dan CRIB KL Crews.

25 November 2012 (8.30 pagi-2 petang)
Chatime Galeria Lot 10, Jalan Bukit Bintang. Dapatkan minuman Chatime percuma.

Dinosaurs Live!

Terokai zaman dahulu kala dengan pameran interaktif melibatkan lebih 30 dinosaur.

Tarikh: Sepanjang bulan November, kecuali hari Jumaat (9 pagi hingga 5 petang)
Harga tiket: RM6 (dewasa), RM3 (kanak-kanak)

Maklumat lanjut: Pusat Sains Negara. Telefon +603 2089 3401

 

Ikuti aktiviti terkini melalui Kalendar JiwaKL.

Ada aktiviti lain yang menarik? Kongsi bersama kami di Twitter @JiwaKL.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan