Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 22-24 Mac 2013

Selamat datang ke F1 Weekend!

Di antara aktiviti menarik di sekitar Lembah Klang untuk hujung minggu ini, 22 hingga 24 Mac 2013:

– Perlumbaan 2013 Formula One Grand Prix (F1)
– Konsert Twin Towers Alive
– Earth Hour 2013
– Jom Ceria bersama PM
– Maybank Malaysian Open
– Education & Further Studies Fair

2013 Formula One Petronas Grand Prix

guns_n_roses_sepang

Saksikan perlumbaan hebat dari pasukan team Formula 1. Jika anda keluar ke litar F1 hujung minggu ini, jangan lupa membawa sun block dan baju hujan pakai-buang (disposable poncho).

Tarikh: 22 hingga 24 Mac 2013
Lokasi: Sepang International Circuit

Harga tiket: RM63 ke RM1,763. Pemegang tiket grandstand juga dapat menghadiri konsert after race yang dibintangi Guns N Roses.

Maklumat lanjut: 2013 Formula One Petronas Grand Prix (Kalendar JiwaKL)

Konsert Twin Towers Alive 2013

twin_towers_live_2013

Sempena Formula 1, sertai konsert Twin Towers Alive. Barisan artis tempatan dan antarabangsa akan membuat persembahan, termasuk Demi Lovato, Backstreet Boys, U-Kiss, 2NE1 dan Rainbow. Datang awal dan gunakan pengangkutan awam.

Tarikh: 22 dan 23 Mac 2013, dari 5 petang.
Lokasi: Plaza KLCC

Masuk percuma.
Maklumat lanjut: Konsert Twin Towers Alive 2013 (Kalendar JiwaKL)

Earth Hour 2013

earth_hour_2013

Mari kita turut serta mengambil peranan dalam meningkatkan kesedaran mengenai program pemuliharaan alam sekitar. Padamkan lampu untuk satu jam pada malam Sabtu ini.

Tarikh: 23 Mac 2013, 8.30-9.30 malam
Lokasi: Di rumah anda

Maklumat lanjut: Earth Hour 2013 (Kalendar JiwaKL)

Jom Ceria Bersama PM

jomcerialogo1

Program Jom Ceria bersama Perdana Menteri Malaysia. Pelbagai aktiviti diadakan termasuk Langkah Ceria (larian “fun run” 5km) dan Kayuh Ceria (“fun cycling”). Selain PM, anda berpeluang berjumpa dengan duta belia seperti Altimet, Sazzy Falak dan Joey G.

Tarikh: 24 Mac 2013, dari 6 pagi
Lokasi: Dataran Putrajaya

Masuk percuma.

Maklumat lanjut:  Jom Ceria bersama PM (Kalendar JiwaKL)

Ekspo Education & Further Studies

Tahniah kepada mereka yang baru mendapat keputusan SPM 2012!  Siri ke 37 Education & Further Studies Fair ini khas untuk para pelajar dan ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat mengenai pilihan pendidikan tinggi, bantuan kewangan dan khidmat nasihat kerjaya.

Tarikh: 23 & 24 Mac 2013, 11 pagi hingga 6 petang.

Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Education & Further Studies Fair (Kalendar JiwaKL)

Maybank Malaysian Open

maybank_malaysian_open

Maybank Malaysian Open merupakan salah satu kejohanan golf yang terkemuka di rantau ini, dengan hadiah USD2.75 juta. Saksikan pemain golf hebat termasuk pemain nombor 2 dunia, Luke Donald.

Tarikh: 23 & 24 Mac 2013
Lokasi: Kuala Lumpur Golf & Country Club

Bayaran masuk: RM20 sehari

Maklumat lanjut: laman web Maybank Malaysia Open.

Untuk aktiviti lain, lawati Kalendar JiwaKL — kini dengan lebih 300 acara dan aktiviti di sekitar Lembah Klang.
Jika anda ada berita mengenai aktiviti menarik yang lain, kongsikan bersama kami di Twitter @jiwaKL atau emel kami di info@jiwakl.com.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan