Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 22-24 Februari 2013

Di antara aktiviti menarik hujung minggu ini di Lembah Klang, 22 hingga 24 Februari 2013:
– INTI Edge Festival
– Malaysia Technology Expo
– Ekspo Pengantin Selangor
– I Love Bazaar
– Keretapi Sarong
– Music for Life di Pasar Seni

INTI Edge Festival

INTI Edge Festival

Dianjurkan sempena pelancaran kampus baru INTI University di Subang, INTI Edge Festival menawarkan pelbagai pertandingan, bengkel, lawatan kampus dan banyak lagi aktiviti.  Pada 22 Feb, sertai perjumpaan dengan selebriti Youtube tempatan (JinnyBoyTV, The Ming Thing, Dan Khoo Productions, GrimFilm) dan juga nikmati muzik bersama DJ Patricia K dan Joey G.

Tarikh: 20-22 Feb 2013
Lokasi: INTI Universiti Subang

Masuk percuma.

Maklumat lanjut:  INTI Edge Festival (Kalendar JiwaKL)

Malaysia Technology Expo 2013

mte2013

Ekspo ini menonjolkan pelbagai teknologi terbaru di bidang pertanian, maklumat, kesihatan, alam sekitar, dan sains hayat.  Kod pakaian: business attire.

Tarikh: 21-23 Feb 2013, 10 pagi – 5 petang
Lokasi: PWTC

Masuk percuma, dengan pendaftaran.

Maklumat lanjut:  Malaysia Technology Expo 2013 (Kalendar JiwaKL).

Ekspo Pengantin Selangor

Jom survey pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan perkahwinan dan persandingan.

Tarikh: 22-24 Feb 2013, 10 pagi – 8 malam
Lokasi: Anggerik Mall, Seksyen 14 Shah Alam

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Ekspo Pengantin Selangor (Kalendar JiwaKL).

I Love Bazaar

ILoveBazaar_2013_Jan_Mar

Masa untuk shopping – pakaian, aksesori dan banyak lagi.

Tarikh: 23 & 24 Feb, 11 pagi – 9 malam
Lokasi: Subang Parade

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: I Love Bazaar (Kalendar JiwaKL).

Keretapi Sarong

Poster-KS13-sq-Jersey-Keretapi-Sarong

Sertai sambutan “No Pants Day” – pakai kain sarong atau kain pelikat anda apabila menaiki pengangkutan awam.

Tarikh: 23 Feb 2013, 3-6 petang
Lokasi: Stesen LRT Pudu dan Titiwangsa (Ampang Line)

Maklumat lanjut: Keretapi Sarong 2013(Kalendar JiwaKL)

Music For Life

Persembahan live menggunakan alat muzik tradisi oleh pelajar UITM.

Tarikh: 23 Feb 2013, 9 malam.
Lokasi: Kasturi Walk, Pasar Seni (Central Market).

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Music For Life (Kalendar JiwaKL)
—-

Untuk aktiviti lain, lawati Kalendar JiwaKL — kini dengan lebih 300 acara dan aktiviti di sekitar Lembah Klang.
Jika anda ada berita mengenai aktiviti menarik yang lain, kongsikan bersama kami di Twitter @jiwaKL atau emel kami di info@jiwakl.com.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan