Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 21-23 Disember 2012

Kalau esok tak jadi end of the world, ini adalah di antara aktiviti menarik hujung minggu ini, 21 hingga 23 Disember 2012.

Pelancaran Pameran Hari Mampus

Hari-Mampus

Pameran oleh artis tempatan bertemakan end of the world seperti yang diramalkan oleh puak Maya. Artis yang menyertai pameran ini termasuk Syed Thajudeen, Steven Menon, Philip Wong dan Jeganathan Ramachandran.

Tarikh: 21 Disember 2012, 8 malam
Lokasi: Sutra Gallery, Jalan Persiaran Titiwangsa
Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Pameran Hari Mampus

Comic Fiesta

comicfiesta_2012

Festival terbesar di Malaysia untuk animasi, komik dan games. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan, termasuk pameran komik dan grafik, seminar dan workshop untuk artis dan illustrator, dan acara pertandingan cosplay.

Tarikh: 22-23 Disember 2012, 11 pagi hingga 9 malam
Lokasi: Kuala Lumpur Convention Centre
Bayaran masuk: RM40 untuk 2 hari.
Maklumat lanjut: Comic Fiesta 2012

The Games Xpo

TheGamesXpo

Khusus untuk hardcore gamer, ekspo ini menampilkan pertandingan DOTA 2 dan FIFA 2013.

Tarikh: 22-23 Disember 2012
Lokasi: Kuala Lumpur Convention Centre
Masuk percuma, dengan pendaftaran awal.
Maklumat lanjut: The Games Xpo

Big Bad Wolf Sale

BigBadWolfSale2012

Dapatkan diskaun sehingga 95% untuk lebih 3 juta buku, majalah dan komik. Dengar kabar orang ramai datang siap sedia dengan beg besar dan troli.

Tarikh: Sehingga 23 Disember 2012, 9 pagi hingga 9 malam.
Lokasi: MINES International Convention Centre

Maklumat lanjut: Big Bad Wolf Books

 

Pameran Star Trek

Star-Trek-The-Exhibition-Malaysia

“To go boldly where no man has gone before.”

Khas untuk Trekker, Trekkie dan lain-lain jenis peminat Star Trek. Tarikan yang dipamerkan termasuk replika transporter, kerusi Captain dan model Starship Enterprise sepanjang 7 meter.

Lokasi: Galery Aras 2, Pusat Sains Negara
Tarikh: sehingga 31 Mac 2012. 9 pagi hingga 5 petang. Setiap hari (tutup hari Jumaat)
Bayaran masuk: RM20 (dewasa) RM10 (kanak-kanak dan warga emas)
Maklumat lanjut: Laman Facebook – Star Trek The Exhibition

Tonton

jack_reacher

Kami cadangkan Jack Reacher, filem aksi terbaru dari Tom Cruise.

—–

Ikuti aktiviti terkini melalui Kalendar JiwaKL.

Ada aktiviti lain yang menarik? Kongsi bersama kami di Twitter @JiwaKL.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan