Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 18-20 Januari 2013

Di antara aktiviti menarik di sekitar Lembah Klang pada hujung minggu ini, 18 hingga 20 Januari 2013:
– Malaysia International Jewelry Festival
– Pesta makanan Malaysian Food Festival
– Mother, Food & Baby Expo
– Ekspo perkahwinan KL Wedding Expo 2013
– Pertandingan badminton Maybank Malaysian Open 2013
– Festival seni Rock 4 Rights 2
– Festival We Love Asia
– Bengkel Beat Box & Mengubah Lirik percuma
– Projek sukarelawan RockCorps Malaysia

Rock 4 Rights 2

rock4rights

Festival Rock 4 Rights 2 dianjurkan bersama oleh MyConsititution, KDU & Frijan. Konsert muzik indie menampilkan barisan band tempatan, termasuk Kyoto Protocol, Pitahati, Akta Angkasa dan banyak lagi.

Lokasi: Kampus Kolej Damansara Utama (KDU), Seksyen 13 Petaling Jaya
Tarikh: 19 Januari 2013, 3 petang hingga lewat malam

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Rock 4 Rights (Kalendar JiwaKL)

Festival We Love Asia 2013

weloveasia2013

Menampilkan artis dan DJ antarabangsa termasuk RedFoo (LMFAO), Taio Cruz dan Steve Aoki.

Lokasi: Sepang International Circuit
Tarikh: 19-20 Januari 2013, 5 petang hingga lewat malam

Harga tiket: RM159-RM219 seorang

Maklumat lanjut: Festival We Love Asia 2013 (Kalendar JiwaKL)

Malaysia International Jewelry Fair

malaysia_international_jewelry_fair

Pameran dan jualan barangan kemas dari pengedar tempatan dan antarabangsa. Persiapan awal untuk Valentine’s Day nanti.

Lokasi: Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC
Tarikh: 18-21 Januari 2013, 11 pagi hingga 7 malam

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Malaysia International Jewelry Fair (Kalendar JiwaKL)

Ekspo Perkahwinan – KL Wedding Expo 2013

KLWE2013_logo

Untuk mereka yang tengah merancang perkahwinan. Kunjungi syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan berkaitan dengan perkahwinan, nikmati persembahan muzik live, pertunjukan fesyen dan cabutan bertuah.

Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre
Tarikh: 18-20 Januari 2013, 10.30 pagi hingga 9 malam

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Ekspo Perkahwinan – KL Wedding Expo 2013 (Kalendar JiwaKL)

Mother, Baby & Kids Expo

Jualan barangan untuk ibu mengandung, bayi dan kanak-kanak.

Lokasi: Putra World Trade Centre (PTWC)
Tarikh: 18-20 Januari 2013, 11 pagi hingga 9 malam

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Mother, Baby & Kids Expo (Kalendar JiwaKL)

Malaysian Food Festival

malaysian_food_festival

Kunjungi lebih 100 syarikat yang menawarkan pelbagai jenis makanan. Bawa perut kosong.

Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre
Tarikh: 18-20 Januari 2013, 11 pagi hingga 9 malam

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Malaysian Food Festival (Kalendar JiwaKL)

Maybank Malaysian Open 2013

Maybank Malaysian Open 2013

Saksikan Datuk Lee Chong Wei dan rakan sepasukan Malaysia menentang pemain antarabangsa, dalam pertandingan badminton Maybank Malaysian Open.

Lokasi: Stadium Putra, Bukit Jalil
Tarikh: 18 Januari 4 petang- 9.30 malam (suku akhir)
19-20 Januari 2013, 2 petang – 6 petang (separuh akhir & final)

Harga tiket: RM10 ke RM170

Maklumat lanjut: Maybank Malaysian Open 2013 (Kalendar JiwaKL)

Bengkel percuma: Beat Box & Menulis Lirik

Pihak RockCorps Malaysia dan Culture Run bergabung tenaga untuk menjayakan 2 workshop (bengkel) seni pada hujung minggu ini.

rcm_culturerun_workshop

Lokasi: CRIBKL, No 2, Lorong SS 3/59A Petaling Jaya (belakang LRT Taman Bahagia)

1. BeatBox Workshop 101 dengan AbeatC.
19 Januari 2013, 2.30-4.30 petang
2. Ways with words – Bengkel menulis lirik dengan Jason “Vandal” Schadt
20 Januari 2013, 2.30-4.30 petang

Penyertaan adalah percuma, tetapi tempat terhad. Untuk pendaftaran, layari laman web Culture Run.

Projek Sukarelawan RockCorps Malaysia – Pasar Seni

ROCKCORPS Malaysia Official Logo

Pihak RockCorps menganjurkan projek untuk membersihkan Pasar Seni. Sumbangkan tenaga sebagai sukarelawan selama 4 jam, dan dapatkan tiket konsert untuk bulan Mac nanti.

Lokasi: Pasar Seni, Kuala Lumpur
Tarikh: 20 Januari 2013

Maklumat lanjut: laman Facebook RockCorps Malaysia

—-

Jika anda ada berita mengenai aktiviti menarik yang lain, kongsikan bersama kami di Twitter @jiwaKL atau emel kami di info@jiwakl.com.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan