Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 17-19 Mei 2013

Di antara aktiviti menarik di sekitar Lembah Klang untuk hujung minggu ini, 17 hingga 19 Mei 2013:

– Berkelah di Sungai Liam bersama RockCorps
– Ekspo Perkahwinan KL-PJ Wedding Fair
– Teater muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road!
– tayangan filem percuma: Blade Runner
– Konsert Mizz Nina, TVXQ! dan The Used

Berkelah di Sungai Liam bersama RockCorps Malaysia

Ulu Yam 18 May poster

Pihak RockCorps Malaysia meneruskan projek pemuliharaan Sungai Liam di Hulu Yam, Selangor. Kali ini, mereka memerlukan sukarelawan untuk membantu mengecat mural di sebuah bangunan terbiar bersebelahan dengan air terjun. Projek ini merupakan sebahagian daripada ‘Waterfall Adoption Program’ oleh Pertubuhan Pencinta Air Terjun Selangor (PPATS).

Pengangkutan, makanan/minuman dan T-shirt percuma akan disediakan.

Tarikh: 18 Mei 2013, 9 pagi – 2 petang
Tempat perjumpaan: CRIB KL (7 pagi)

Maklumat lanjut: Berkelah & Pulihara Sungai Liam – RockCorps Malaysia(Kalendar JiwaKL)

Ekspo Perkahwinan – KL-PJ Wedding Fair

KL-PJ Wedding Fair

Jualan barangan, pakaian dan perkhidmatan berkaitan dengan perkahwinan dan persandingan, seperti katering dan fotografi. salah satu ekspo perkahwinan yang terbesar, dengan 35 syarikat bridal house dari Kuala Lumpur dan Selangor yang akan mengambil bahagian.

Tarikh: 17-19 Mei 2013, 11pagi – 9 malam
Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Ekspo Perkahwinan KL-PJ Wedding Fair (Kalendar JiwaKL)

Teater Muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road!

Screen Shot 2013-04-24 at 8.50.28 AM

Saksikan persembahan teater muzikal CHOW KIT ROAD! CHOW KIT ROAD! dengan 20 lagu daripada Allahyarham Dato Sudirman Hj Arshad. Penyanyi dan pelakon yang turut membuat persembahan termasuk Adibah Noor, Nadia Aqilah, Shanthini Venugopal, Junji Delfino, Anding dan Tony Eusoff.

Tarikh: Sehingga 19  Mei 2013, 8.30 malam (Ahad: 3 petang)
Lokasi: Istana Budaya

Bayaran masuk: RM55, RM110, RM170.

Maklumat lanjut: Teater Muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road! (Kalendar JiwaKL)

Tayangan Filem Percuma : Blade Runner

blade runner

Saksikan tayangan percuma Blade Runner, filem klasik science fiction yang dibintangi Harrison Ford.

Tarikh: 18 & 19 Mei 2013, 4 petang
Lokasi: Paradiso Lounge, Solaris Dutamas

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Tayangan Filem Percuma: Blade Runner (Kalendar JiwaKL)

Muzik dan Konsert

18 Mei 2013

Mizz Nina around the world concert

Konsert Mizz Nina Around The World
KL Live, Life Centre

Konsert TVXQ!
Stadium Malawati, Shah Alam

19 Mei 2013

The Used Live In KL

Konsert The Used Live In KL
KL Live, Life Centre

Sukan dan Rekreasi

19 Mei 2013

Malaysia Breakfast Day Run
Universiti Putra Malaysia, Serdang

KL_Tower_International_Sunrise_Towerthon

Larian KL Tower Sunrise Towerthon 2013
Menara Kuala Lumpur

Sudirman Cup
Stadium Putra, Bukit Jalil

—-

Untuk aktiviti lain, lawati Kalendar JiwaKL — kini dengan lebih 400 acara dan aktiviti di sekitar Lembah Klang. Jika anda ada berita mengenai aktiviti menarik yang lain, kongsikan bersama kami di Twitter @jiwaKL atau emel kami di info@jiwakl.com.

Setiap acara dan butir-butir acara tertakluk kepada sebarang perubahan oleh pihak penganjur.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan