Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 15-17 Mac 2013

Di antara aktiviti menarik di Lembah Klang untuk hujung minggu ini, 15 hingga 17 Mac 2013:
– Festival Future Music Asia
– Konsert Gegar 5 Lagenda
– Ekspo percutian dan pelancongan MATTA Fair
– Ekspo pendidikan FACON & hari terbuka IPTS
– Pertunjukan udara Breitling Jet Team
– Purple Walk

Festival Future Music Asia

future_music_asia_festival

Peminat music dance, Festival Future Music Asia menampilkan barisan artis and DJ hebat termasuk Armin van Buren (A State of Trance episod ke 600), The Prodigy, dan PSY (Gangnam Style).

Tarikh: 15 & 16 Mac 2013
Lokasi: Sepang International Circuit

Harga tiket: RM158-RM238. Tiket terhad
Masuk terhad kepada peserta berumur 18 ke atas sahaja.

Maklumat lanjut: laman web Festival Future Music Asia (Kalendar JiwaKL)

Konsert Gegar 5 Lagenda

KonsertGegar1920x1080px

Konsert muzik rock zaman 90an dengan Saleem, Aris Ariwatan, Rahmad Mega, Zamani Slam dan Ali Terra Rossa.

Tarikh: 15-17 Mac 2013, 8.30 malam
Lokasi: Istana Budaya

Harga tiket: RM50-RM250

Maklumat lanjut: laman web Konsert Gegar 5 Lagenda (Kalendar JiwaKL)

Eksp Percutian dan Pelancongan MATTA Fair

mattafair_logo

MATTA Fair kembali lagi dengan pelbagai pakej pelancongan untuk percutian anda. Gunakan pengangkutan awam jika boleh — seperti biasa, dijangka berpuluh ribu pengunjung akan turun ke PWTC.

Tarikh: 15-17 Mac 2013, 10 pagi – 9 malam
Lokasi: PWTC

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: laman web MATTA Fair 2013 (Kalendar JiwaKL)

Pendidikan

Jika anda berminat untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat diploma dan ijazah, kunjungi acara berikut pada 16 & 17 Mac:

facon_Logo_EDU-March2013

Ekspo Pendidikan FACON Education Fair
Kuala Lumpur Convention Centre
12 tengah hari – 6 petang

Hari Terbuka INTI International University
INTI Subang
9 pagi – 6 petang

Hari Terbuka Taylor’s College
Taylor’s College Subang Jaya & Hartamas
10 pagi – 5 petang

Pertunjukan udara Breitling Jet Team

Breitling Jet Team L-39 Albatross

Saksikan pertunjukan aerobatic oleh Breitling Jet Team. Pasukan yang terdiri daripada bekas ahli tentera udara Perancis ini akan terbang dengan tujuh pesawat L-39C Albatros. Pertunjukan selama 25 minit akan diiringi dengan muzik dan kesan khas.

Tarikh: 16 Mac 2013, 11 pagi
Lokasi: Subang Skypark (lapangan terbang Subang)

1 Million Women Purple Walk

Aktiviti sempena Hari Wanita.

Tarikh: 17 Mac 2013, 8 pagi
Lokasi: Dataran Putrajaya

Maklumat lanjut: laman Facebook 1 Million Women Purple Walk.
—-

Untuk aktiviti lain, lawati Kalendar JiwaKL — kini dengan lebih 300 acara dan aktiviti di sekitar Lembah Klang.
Jika anda ada berita mengenai aktiviti menarik yang lain, kongsikan bersama kami di Twitter @jiwaKL atau emel kami di info@jiwakl.com.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan