Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 14-16 Disember 2012

Dalam 2 minggu lagi, kita akan berada di tahun 2013. Sudahkah anda membuat persiapan untuk tahun baru? Di antara aktiviti menarik untuk hujung minggu ini, 14 hingga 16 Disember 2012.

Pelancaran iPhone 5, iPad mini 3G dan iPad 3G

Celcom, DiGi dan Maxis masing-masing melancarkan telefon pintar (smartphone) terbaru dari Apple iaitu iPhone 5. Bersedia menghadapi barisan yang panjang di setiap cawangan telco ini.

Dengar khabar, iPad mini and iPad baru versi 3G juga akan ditawarkan oleh Celcom dan Maxis.

Tarikh: 14 Disember 2012, 12 tengah malam

Maklumat lanjut: Celcom, DiGi dan Maxis.

FEYST Festival 2012

feyst dec2012 for Mercy Malaysia

Festival ini dianjurkan untuk mengumpul dana Mercy Malaysia – Yasmin Ahmad Children’s Fund. Pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk konsert muzik akustik, pertunjukan Capoiera, tayangan short film dan bazar fesyen.

Lokasi: The Square, Publika, Solaris Dutamas
Tarikh: 15 Disember 2012, 12 tengah hari hingga 9 malam.
Masuk percuma.

Maklumat lanjut:FEYST Festival 2012

Swap Party – The Bee

the_bee_swap_party

Bawa 5 barangan anda (seperti pakaian, aksesori, buku) dan tukar dengan barangan dari kenalan baru di Swap Party ini. Jika anda berjaya menukar 5 barang, anda akan ditawarkan diskaun 10% untuk makanan dan minuman di restoran The Bee.

Lokasi: The Bee, Jaya One
Tarikh: 15 Disember 2012, 1-6 petang

Maklumat lanjut: Swap Party – The Bee

The Star Education Fair

thestar_education_fair 2012
Ekspo pendidikan terbesar di Malaysia kembali dengan pameran, seminar dan banyak lagi aktiviti anjuran The Star. Dapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negeri.

Lokasi: KL Convention Centre, KLCC
Tarikh: 15 & 16 Disember 2012, 11 pagi hingga 7 malam.

Maklumat lanjut: The Star Education Fair.

Hari Terbuka INTI International University

inti_openday

Untuk para pelajar lepasan SPM dan STPM, INTI International University akan mengadakan hari terbuka hujung minggu ini. Kunjungi kampus INTI untuk mendapatkan maklumat mengenai program diploma, ijazah dan twinning di kampus tempatan dan juga luar negeri (United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat). Pelbagai seminar akan diadakan sebagai previu dalam bidang teknologi maklumat (IT), perakaunan, kejuruteraan, bioteknologi dan undang undang.

Lokasi:INTI International College Subang
Tarikh: 15 & 16 Disember 2012, 10 pagi hingga 5 petang

Maklumat lanjut: INTI International University Open Day

Tonton

The_Hobbit

Kami cadangkan filem The Hobbit, prequel kepada trilogi Lord of The Rings.
—–

Ikuti aktiviti terkini melalui Kalendar JiwaKL.

Ada aktiviti lain yang menarik? Kongsi bersama kami di Twitter @JiwaKL.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan