Di antara aktiviti menarik hujung minggu ini, 11 hingga 13 Januari 2013.
Think You Got Skillz Finale
Jika anda peminat hip-hop, jangan lepaskan peluang saksikan pertarungan peringkat akhir siri Think You Got Skillz.
Turut hadir:
– The Bassment Syndicate
– DJ Lethal Skillz
– DJ Mastermind
– DJ XG
– Vandal (hos)
Lokasi: Laundry Bar, The Curve, Mutiara Damansara
Tarikh: 13 Januari 2013, 7 petang hingga lewat malam
Masuk percuma.
Maklumat lanjut: Laman Facebook TYGS
iProperty Expo 2013
Ekspo hartanah yang popular, dengan lebih 50,000 pengunjung.
Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre
Tarikh: 11-13 Januari 2013, 11 pagi – 8 malam
Maklumat lanjut: iProperty Expo 2013
Hari Terbuka International Medical University
Berminat menjadi doktor, atau mencuba kerjaya dalam bidang perubatan dan kesihatan? Sertai hari terbuka anjuran International Medical University (IMU).
Lokasi: Kampus IMU, Bukit Jalil
Tarikh: 13 Januari 2013, 10 pagi – 4 petang
Maklumat lanjut: Hari Terbuka International Medical University
Pameran Star Trek
“Live long and prosper”
Jika anda belum lagi mengunjungi Star Trek: The Exhibition, inilah peluang anda untuk berlakon menjadi Kirk, Spock atau Picard.
Khas untuk Trekker, Trekkie dan lain-lain jenis peminat Star Trek. Tarikan yang dipamerkan termasuk replika transporter, kerusi Captain dan model Starship Enterprise sepanjang 7 meter.
Lokasi: Galery Aras 2, Pusat Sains Negara
Tarikh: sehingga 31 Mac 2012. 9 pagi hingga 5 petang. Setiap hari (tutup hari Jumaat)
Bayaran masuk: RM20 (dewasa) RM10 (kanak-kanak dan warga emas)
Maklumat lanjut: Laman Facebook – Star Trek The Exhibition
Projek Sukarelawan RockCorps Malaysia
“Bagi, baru dapat”.
Dapatkan 1 tiket konsert apabila anda menyumbangkan 4 jam sebagai seorang sukarelawan. Untuk hujung minggu ini, RockCorps Malaysia akan melakukan kerja-kerja pembersihan, mengecat dan membaik pulih di pusat yayasan Dignity for Children.
Lokasi: DIGNITY for Children Refugee Shelter and Education Centre, Sentul Boulevard, Kuala Lumpur
Tarikh: 12 & 13 Januari 2013, 10 pagi hingga 4 petang
Jika anda ingin turut serta dalam aktiviti ini, daftarlah sebagai sukarelawan di laman Facebook RockCorps Malaysia, atau hantar emel kepada info@tzi.com.my
Himpunan Kebangkitan Rakyat
Himpunan besar-besaran untuk menuntut pilihanraya yang bersih adil.
Lokasi: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Tarikh: 12 Januari 2013
—-
Jika anda ada berita mengenai aktiviti menarik yang lain, kongsikan bersama kami di Twitter @jiwaKL atau emel kami di info@jiwakl.com.