Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 10-12 Mei 2013

Di antara aktiviti menarik di sekitar Lembah Klang untuk hujung minggu ini, 10 hingga 12 Mei 2013:
– Teater muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road!
– Saya Mahu Picnic!
– tayangan filem percuma: Alien
– Asia Super Showcase dengan Girls’ Generation, AOA & Shinhwa
– Hari Ibu (Mother’s Day)

Teater Muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road!

Screen Shot 2013-04-24 at 8.50.28 AM

Saksikan persembahan teater muzikal CHOW KIT ROAD! CHOW KIT ROAD! dengan 20 lagu daripada Allahyarham Dato Sudirman Hj Arshad. Penyanyi dan pelakon yang turut membuat persembahan termasuk Adibah Noor, Nadia Aqilah, Shanthini Venugopal, Junji Delfino, Anding dan Tony Eusoff.

Tarikh: 10-19  Mei 2013, 8.30 malam (Ahad: 3 petang)
Lokasi: Istana Budaya

Bayaran masuk: RM55, RM110, RM170.

Maklumat lanjut: Teater Muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road! (Kalendar JiwaKL)

Saya Mahu Picnic!

SAYAMAHUPICNIC

Apa lagi rakyat Malaysia mahu? Acara Saya Mahu Picnic! dianjurkan oleh pihak Random Alphabets. Bawa makanan, minuman, tikar, alat permainan, bendera Malaysia dan wajah ceria anda. Anda digalakkan memakai pakaian mengikut warna bendera Malaysia (merah, kuning, biru, putih)

Tarikh: 11 Mei 2013, dari 9 pagi
Lokasi: Lake Gardens (Taman Tasik Perdana)

Penyertaan percuma.

Maklumat lanjut: Saya Mahu Picnic! (Kalendar JiwaKL)

Tayangan Filem Percuma : Alien

Alien

“In space, no one can hear you scream”. Saksikan tayangan percuma Alien, filem klasik science fiction seram yang dibintangi Sigourney Weaver.

Tarikh: 11 & 12 Mei 2013, 4 petang
Lokasi: Paradiso Lounge, Solaris Dutamas

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: Tayangan Filem Percuma: Alien (Kalendar JiwaKL)

Asia Super Showcase 2013 (Girls’ Generation, AOA & Shinhwa)

Asian Super Showcase 2013

Peminat muzik K-Pop mesti tidak akan melepaskan peluang menyaksikan Asian Super Showcase 2013 dengan  persembahan daripada artis popular Girls’ Generation (SNSD), AOA dan Shinhwa.

Tarikh: 12 Mei 2013, 8 malam
Lokasi: Stadium Merdeka

Bayaran masuk: RM223-RM453

Maklumat lanjut:2013 Asia Super Showcase in Malaysia (Kalendar JiwaKL)

Hari Ibu (Mother’s Day)

Mothers_Day_card

Hari Ibu (Mother’s Day) di Malaysia disambut pada hari Ahad kedua bulan Mei.

Kalau sempat, bawa ibu anda keluar makan pada hujung minggu ini. Kalau tak, jangan lupa buat panggilan untuk mengucapkan Hari Ibu.

—-

Untuk aktiviti lain, lawati Kalendar JiwaKL — kini dengan lebih 400 acara dan aktiviti di sekitar Lembah Klang. Jika anda ada berita mengenai aktiviti menarik yang lain, kongsikan bersama kami di Twitter @jiwaKL atau emel kami di info@jiwakl.com.

Setiap acara dan butir-butir acara tertakluk kepada sebarang perubahan oleh pihak penganjur.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan