Kompilasi Aktiviti Hujung Minggu 1-3 Februari 2013

Esok Hari Wilayah – satu lagi hujung minggu yang panjang untuk warga kota Kuala Lumpur. Di antara aktiviti menarik untuk hujung minggu ini, 1 hingga 3 Februari 2013:
– Karnival Wow! Putrajaya
– Pesta Buku 1Malaysia
– Karnival Karangkraf
– DiGi LOL Festival
– Tech World Expo
– Projek sukarelawan RockCorps Malaysia

Karnival Wow! Putrajaya

hari_wp2013

Karnival Wow! Putrajaya kembali lagi, sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Sesuai untuk keluarga.

Tarikh: 28 Jan hingga 2 Feb 2013, 10 pagi – 10 malam
Lokasi: Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya

Masuk percuma.

Maklumat lanjut:  Karnival Wow! Putrajaya (Kalendar JiwaKL)

Pesta Buku 1Malaysia

malaysia-biggest-book-outlet-sale

Dapatkan pelbagai buku dengan “harga kilang” (diskaun sehingga 80%). Baucar buku 1Malaysia, kad debit dan kad kredit diterima.

Tarikh: 30 Jan hingga 3 Februari 2013, 10 pagi – 8 malam
Lokasi: PWTC

Masuk percuma.

Maklumat lanjut:  Pesta Buku 1 Malaysia (Kalendar JiwaKL)

Karnival Karangkraf

karnival_karangkraf

Karnival anjuran Kumpulan Media Karangkraf menawarkan majalah, buku dan novel dengan diskaun hebat. Selain itu, anda berpeluang bertemu dengan lebih 100 penulis buku Karangkraf dan Sinar Harian.

Tarikh: 1 hingga 3 Feb 2013, 9 pagi – 7 malam
Lokasi: Tapak Kumpulan Karangkraf, Shah Alam

Masuk percuma.

Maklumat lanjut:  Karnival Karangkraf 2013 (Kalendar JiwaKL)

DiGi LOL Festival

digilol

DiGi bersama-sama dengan rakan niaga mereka menganjurkan DiGi LOL Festival, yang menawarkan pelbagai barangan, makanan dan perkhidmatan telekomunikasi dengan harga yang menarik. Saksikan persembahan daripada artis-artis seperti Asmidar, Aliff Aziz, Shae dan Awi Rafael.

Tarikh: 2 dan 3 Feb 2013, 9 pagi-6 petang
Lokasi: D’House (ibu pejabat DiGi), Shah Alam

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: laman web DiGi LOL Festival (Kalendar JiwaKL)

Tech World Expo

tech_world_expo

Jualan barangan ICT, komputer, telefon bimbit dan multimedia.

Tarikh: 1 hingga 3 Feb 2013, 11 pagi – 9 Malam
Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: laman web Tech World Expo 2013 (Kalendar JiwaKL)

Projek Sukarelawan RockCorps Malaysia

ROCKCORPS Malaysia Official Logo

Pihak RockCorps menganjurkan beberapa projek untuk hujung minggu ini. Sumbangkan tenaga sebagai sukarelawan selama 4 jam, dan dapatkan tiket konsert untuk bulan Mac nanti.

Projek pembersihan sempena aktiviti My Beautiful Malaysia, bersama-sama dengan DBKL dan 1M4U.
Lokasi: Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak
Tarikh: 3 Februari 2013, 8 pagi – 1 petang

Maklumat lanjut: laman Facebook RockCorps Malaysia

 

Aktiviti-aktiviti lain

2 Februari 2013

Majlis Pelancaran Hari Wilayah Persekutuan 2013
Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Bazar The Playground
Hello Deer, Petaling Jaya

Konsert Mull; Debauch to Kuala Lumpur
Kuala Lumpur Performing Arts Centre, Kuala Lumpur

ONE FC One Fighting Championship 2013
Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

3 Februari 2013

Pasar Ahad Hello Deer
Hello Deer, Petaling Jaya

Canadian Education Fair 2013
Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur

—-

Untuk aktiviti lain, lawati Kalendar JiwaKL — kini dengan lebih 300 acara dan aktiviti di sekitar Lembah Klang.
Jika anda ada berita mengenai aktiviti menarik yang lain, kongsikan bersama kami di Twitter @jiwaKL atau emel kami di info@jiwakl.com.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan