Teater Kena Main

Loading Map....

Tarikh/Masa
Date(s) - 27/03/2015 - 05/04/2015
8:30 pm

Lokasi
Istana Budaya

Kategori


teater-kena-main

Persembahan hebat Teater Kena Main ini yang dibawakan khusus oleh Istana Budaya dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Kisah bermula apabila Jusuh, Daud dan Mona – pemuzik jalanan yang cacat penglihatan – didatangi Laila dan Jamil (peguam) dari Persatuan Kebajikan bagi Orang-orang Cacat yang menawarkan kumpulan itu untuk membuat persembahan pada malam amal anjuran persatuan tersebut.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah mereka berjaya merungkai dilema untuk melakukan persembahan pada malam amal anjuran persatuan tersebut? Siapakah yang bermain dan siapa pula yang kena main? Saksikannya dalam teater Kena Main bermula 27 Mac hingga 5 April ini, bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Para pelakon
SABRI YUNUS sebagai Penjual ubat
EMAN MANAN sebagai Pie
EBBY SAIFUL sebagai Jusuh
SANI SUDIN sebagai Daud
AIDA OTHMAN sebagai Mona
MOHD RODHI MD. NOOR sebagai Mat Pit
AZIZAH MAHZAN sebagai Laila
AZMAN HASSAN sebagai Jamil
KHALID SALLEH sebagai Miskun
FAUZIAH NAWI sebagai Peminta sedekah

Harga tiket: dari RM35 hingga RM155 seorang

Maklumat lanjut: laman web Istana Budaya

Posted in Seni
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan