Jom Jimat : Deal minggu ini

Kos kehidupan di Kuala Lumpur ini memang tinggi. Siri Jom Jimat dari JiwaKL bertujuan membantu anda menghadapi masalah poket kosong. Setiap minggu, kami akan berusaha untuk memaparkan deal yang terbaik dan menarik yang ditawarkan oleh laman web belian pukal (group buying). Di antara deal minggu ini:

Classic Guess Wallet

Dapatkan dompet ini dengan harga RM70 sahaja (harga biasa RM199). Baucar sah dari 28 Okt hingga 28 Nov 2012.
Maklumat lanjut : Dealmates

Sewa Kereta / MPV Insas Pacific Rent-A-Car

Sewa kereta (5 penumpang) atau kenderaan MPV (7 penumpang) dengan harga serendah RM88 (harga biasa RM219.10). Sah untuk sewa kereta dari 12 Okt 2012 hingga 12 Jan 12 2013. Anda perlu menggunakan kad kredit dan mesti mempunyai lesen memandu yang sah. Tawaran tamat 19 Okt.

Maklumat lanjut: Groupon Malaysia

Waffle World 1 Utama

Dapatkan baucar tunai untuk makanan dan minuman pada harga RM10 (bernilai RM20), atau baucar RM19 (bernilai RM40). Baucar sah dari 27 Okt 2012 hingga 27 Apr 2013.

Maklumat lanjut : Livingsocial

Rebonding/Relaxing/Perming/Color/Highlight + Hair Treatment + Hair Cut + Wash + Blow

Bayar cuma RM55 (harga biasa RM403) untuk pakej rawatan kimia (chemical treatment) untuk rambut anda.
Pendandan rambut profesional dari Protouch Hair and Beauty Studio. Untuk semua jenis rambut, lelaki dan wanita.
Lokasi: Sri Rampai, Kuala Lumpur. Baucar sah dari 18 Okt hingga 18 Dis 2012.

Maklumat lanjut: I Love Discounts

Bufet Makan Malam Antarabangsa atau Hi-Tea hujung minggu di Hotel Istana

Baucar bufet di Taman Sari Brasserie, Hotel Istana – cuma RM49 seorang (harga biasa RM96). Pelbagai hidangan disediakan, termasuk makanan tempatan, Jepun, ala Barat (Western), salad, BBQ, pencuci mulut dan ais krim.

Maklumat lanjut: MyDeals

Terjumpa deal yang lagi best? Kongsi bersama kami di Twitter : @JiwaKL

Posted in Jom Jimat
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan