Jom Jimat: Deal Minggu Ini 9/2013

Di antara deal menarik untuk minggu ini:

– Guess Happy Hour Sale
– Sewa Gelanggang Badminton SS2
– Ayamas Roasters
– Pakej Paintball
– Jualan Mingguan Courts Megasale

Guess Happy Hour Sale

Guess-Happy-Hour-Sale

Untuk peminat pakaian dan aksesori jenama Guess, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan diskaun ekstra ini. Anda akan mendapat diskaun 20% di atas setiap pembelian dua atau lebih barangan. Tawaran ini sah dari 12 tengah hari hingga 2 petang, dan 6 petang hingga 8 malam.

Lokasi: semua cawangan Guess

Tarikh tawaran: 8-10 Mac 2013

Sewa Gelanggang Badminton

Badminton

Jom keluarkan peluh dengan bermain badminton.  Duo Sparks di SS2 Petaling Jaya menawarkan diskaun 44% untuk kadar sewa gelanggang badminton tertutup. Dapatkan kadar RM20 untuk 2 jam, atau RM38 untuk 4 jam.

Tarikh tamat tawaran: 8 Mac 2013
Maklumat lanjut: laman web Groupon Malaysia

Ayamas Roasters

Ayamas Roaster

Sempena sambutan ulang tahun mereka yang ke 25, Kedai Ayamas menawarkan 2 ekor ayam panggang roaster dengan harga istimewa RM30.  Anda boleh memilih dari 3 perisa:

1) Golden Roaster
2) Pepper Roaster
3) Percik Roaster

Lokasi: semua Kedai Ayamas

Tarikh tamat tawaran: 10 Mac 2013
Maklumat lanjut: laman web LivingSocial Malaysia.

Pakej Paintball 

Paintball Shah Alam Extreme Park

Shah Alam Extreme Park menawarkan pakej paintball dengan harga RM45 seorang (diskaun 85%). Pakej ini termasuk:
– 200 Pellets (cukup untuk 1-2 game)
– sewa topeng, vest dan marker
– latihan untuk menembak target
– bayaran masuk ke Shah Alam Extreme Park Skate Ramp (bawa rollerblade atau skateboards anda)

Tarikh tamat tawaran: 13 Mac 2013
Maklumat lanjut: laman web I Love Discounts.

Jualan Mingguan Courts Megasale

Screen Shot 2013-03-06 at 1.21.51 PM

Dapatkan barangan elektronik dengan diskaun menarik 32-58% di jualan mingguan Courts Megasale. Pilih daripada pelbagai barangan termasuk telefon bimbit, TV LED, kamera digital dan kamera, dari jenama seperti HTC, JVC, Olympus dan Samsung.

Maklumat lanjut: laman web Dealmates.

Tips Jimat

Dalam cuaca panas ini, kita selalunya menggunakan alat hawa dingin (aircon) untuk menyejukkan rumah dan diri kita. Tahukah anda, kos penggunaan sebuah aircon 1HP ialah sekitar RM55 sebulan.  Jangan lupa untuk menutup aircon apabila anda tidak menggunakannya lagi.

——

Siri Jom Jimat dari JiwaKL bertujuan membantu anda menghadapi masalah poket kosong. Setiap minggu, kami akan berusaha untuk memaparkan deal yang terbaik dan menarik di Lembah Klang. Kongsikan deal anda dengan kami di Twitter @JiwaKL atau emel info@jiwakl.com

Posted in Jom Jimat
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan