Jom Jimat: Deal Minggu Ini 8/2013

Di antara deal menarik minggu ini:
– Jualan Buku Big Bad Wolf Sale
– Interactive Self-Improvement Workshop
– Belajar menjadi juruterbang
– Jualan Shopping Spree Metrojaya
– Hari Gelato Lecka Lecka

Jualan Buku Big Bad Wolf Sale

BBW2013

Pilih daripada berjuta-juta naskah buku dengan harga serendah RM5 untuk novel. Jika anda menggunakan baucar buku 1 Malaysia, anda berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM200,000.

Tarikh: 28 Feb hingga 4 Mac, 9 pagi – 9 malam.

Lokasi: Mines International Convention Centre

Masuk percuma.

Maklumat lanjut: The Big Bad Wolf Sale (Kalendar JiwaKL)

Interactive Self-Improvement Workshop

Interactive Self-Improvement Workshop

Tingkatkan imej dan keyakinan diri, serta kemahiran perbualan anda dengan Interactive Self-Improvement Workshop. Khas untuk para lelaki, bengkel selama 2 jam ini sesuai untuk mereka yang sibuk dengan kerjaya.

Harga tawaran: RM49 seorang (harga biasa: RM300).

Lokasi: Petaling Jaya.

Tarikh tamat tawaran: 2 Mac 2013
Maklumat lanjut: laman web Groupon Malaysia.

Belajar Menjadi Juruterbang

Sky Ride Cessna

Ada impian nak menjadi pilot? Belajar menjadi juruterbang di Subang Skypark Terminal. Anda akan mendapat latihan teori selama 20 minit, dan berpeluang menjadi Kapten kapalterbang Cessna 172. Harga tawaran RM459 (diskaun 50%) untuk 1 juruterbang dan 2 penumpang.

Lokasi: SkyPark, Subang (lapangan terbang lama)

Tarikh tamat tawaran: 1 Mac 2013
Maklumat lanjut: laman web LivingSocial Malaysia

Jualan Shopping Spree Metrojaya

Metrojaya_Shopping_Spree

Gedung Metrojaya sedang mengadakan jualan Shopping Spree dengan tawaran menarik untuk pelbagai barangan termasuk pakaian dan aksesori.
Promosi tambahan:
– dapatkan baucar RM20 untuk setiap belian RM150
– untuk ahli MJ Card, anda berpeluang memenangi iPad mini dengan setiap pembelian RM100 dalam satu resit

Tarikh tamat tawaran: 13 Mac 2013
Maklumat lanjut: laman web Metrojaya

Hari Gelato dengan Lecka Lecka

lecka_lecka_day

Nikmati gelato — aiskrim ala Itali — dengan Lecka Lecka. Pada setiap 28 haribulan, Lecka Lecka menawarkan diskaun 33% ke atas semua pembelian gelato 500g atau 1kg.

Lokasi: eCurve dan Wangsa Walk Mall.

Tarikh : 28 Februari 2013

Maklumat lanjut: laman Facebook Lecka Lecka Malaysia

——

Siri Jom Jimat dari JiwaKL bertujuan membantu anda menghadapi masalah poket kosong. Setiap minggu, kami akan berusaha untuk memaparkan deal yang terbaik dan menarik di Lembah Klang. Kongsikan deal anda dengan kami di Twitter @JiwaKL atau emel info@jiwakl.com

Posted in Jom Jimat
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan