Jom Jimat: Deal Minggu Ini 5/2013

Di antara deal menarik minggu ini:
– baucar hidangan Thai di Bangkok House
– pemeriksaan kesihatan di Pantai Premier
– belajar menjadi DJ
– jualan barangan sukan SportsDirect.com
– jualan barangan bayi Mom’s Care

Baucar hidangan Thai di Bangkok House

bangkokhouse

Jika anda teringin merasa hidangan ala Thai, cubalah Bangkok House. Bangkok House menawarkan RM36 untuk baucar bernilai RM60 dan RM60 untuk baucar bernilai RM100 (diskaun sehingga 40%).

Lokasi: Sunway Giza, 3 Two Square, 1 Mont Kiara

Tarikh tawaran tamat: 10 Februari 2013

Maklumat lanjut: laman web Milk A Deal

Pemeriksaan Kesihatan di Pantai Premier

Pantai_Premier

Pastikan tahap kesihatan anda dengan pakej pemeriksaan darah dan air kencing (blood and urine test) di pusat Pantai Premier Pathology. Dengan harga RM98, anda akan mendapat pemeriksaan untuk 40 parameter termasuk gout, kencing manis dan tahap kolesterol. Anda akan mendapat keputusan pemeriksaan anda dalam masa 24 jam.

Lokasi: Semua pusat Pantai Premier Pathology.

Maklumat lanjut: laman web Dealmates Malaysia

Bengkel Goldsounds DJ Division

kursus_dj

Pernah terfikir nak menjadi DJ? Anda boleh belajar selok-belok menjadi turntable master dengan muzik Trance, Techno, Dubstep dan Hip Hop. DJ Goldfish, DJ Classick, atau DJ Eugene akan memberi asas teori dan latihan praktikal. Anda boleh memilih pakej RM48 untuk 2 sesi 2 jam, atau RM58 untuk 2 sesi 3 jam.

Semua peralatan disediakan.

Lokasi: Subang Jaya.

Maklumat lanjut: laman web Groupon Malaysia

Jualan Barangan Sukan SportsDirect.com

brands-sportsdirect

SportsDirect.com
mengadakan tawaran relocation special deals untuk pelbagai jenis barangan sukan dari jenama seperti Yonex, Adidas, Puma dan Nike.

Lokasi: Tingkat 5, Sogo (dibuka 10 pagi hingga 10 malam)

Tarikh tamat tawaran: 28 Februari 2013

Jualan Mom’s Care

Moms-Care-Sale-2013.

Dapatkan barangan dan peralatan untuk bayi dan kanak-kanak dengan diskaun sehingga 60% di jualan Mom’s Care. Di antara jenama yang ditawarkan ialah Avent, Philips, Little Bean dan Simple Dimple.

Lokasi: Tingkat 2, 1 Utama (dibuka 10 pagi hingga 10 malam)

Tarikh tamat tawaran: 17 Februari 2013

——

Siri Jom Jimat dari JiwaKL bertujuan membantu anda menghadapi masalah poket kosong. Setiap minggu, kami akan berusaha untuk memaparkan deal yang terbaik dan menarik di Lembah Klang. Kongsikan deal anda dengan kami di Twitter @JiwaKL atau emel info@jiwakl.com

Posted in Jom Jimat
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan