Jom Jimat: Deal Minggu Ini 2/2013

Mereka yang makan gaji, masih menunggu hujung bulan. Sementara itu, jom kita cari deal terbaik di Lembah Klang. Di antara deal menarik minggu ini:
– telefon pintar Samsung Galaxy S3 mini
– pakej servis kereta Castrol
– USB flash drive jenama Hello Kitty
– pakej massage dari Embun Day Spa

Telefon pintar Samsung Galaxy S3 mini

SamsungGalaxyS3Mini

Pihak Groupon Malaysia menawarkan harga istimewa sempena pelancaran smartphone (telefon pintar) baru dari Samsung, Samsung Galaxy S3 mini. “Adik” kepada Galaxy S3 yang popular ini berkapasiti 8GB dan mempunyai skrin Super AMOLED 4 inci. Pilihan warna: putih atau biru.

Harga RM1099 (pickup sendiri), RM1125 (dengan penghantaran ke lokasi di Semenanjung Malaysia).

S3 mini akan dilancarkan pada 12 Februari 2013.

Stok adalah terhad.

Tawaran tamat: 20 Januari 2013

Maklumat lanjut: Groupon Malaysia – S3 mini

Pakej servis kereta Castrol

castrol_mechanic_and_client_malaysia_375x250

Jika kenderaan anda sudah sampai masa untuk diservis, cubalah pakej Castrol Auto Service Promotion dengan harga RM68.

Pakej full service ini termasuk:
– Servis kereta – Castrol Auto Service Promotion (bernilai RM220)
– minyak enjin Castrol GTX 20W-50 (4 liter)
– Oil filter
– Alignment
– Perkhidmatan cucian kereta (+ vacuum sekali)
– Pemeriksaan kereta 21 point
– hadiah misteri percuma

Perkhidmatan ini diselenggarakan oleh Wai Network Car Care Centre. Lokasi: Petaling Jaya dan Putrajaya.

Tawaran tamat: 21 Januari 2013

Maklumat lanjut: LivingSocial Malaysia – Castrol car service

Crystal Hello Kitty USB flash drive

Hello Kitty USB Flash Drive

Dapatkan USB flash drive rekabentuk kristal jenama Hello Kitty dengan harga RM39 (harga biasa: RM89). Flash drive yang kecil dan comel ini dilengkapi dengan standard USB 2.0 dan kapasiti 8GB.

Sesuai dijadikan hadiah.

Tawaran tamat: 21 Januari 2013

Maklumat lanjut: Dealmates – Hello Kitty USB Drive

Pakej urut dari Embun Day Spa

embun_day_spa

Selepas penat bekerja, sekali-sekala elok merehatkan diri dengan berurut.

Dapatkan pakej dari Embun Day Spa ini dengan harga RM29 sahaja (diskaun 91%).

Pakej 1 jam ini termasuk:
– pilihan urut cara Swedish atau tradisional
– Au Natural Foot Soak (rendam kaki)
– minuman percuma
– baucar diskaun 50% dan beli 1 dapat 1 untuk perkhidmatan harga biasa

Lokasi: Plaza Mont Kiar

Tawaran tamat: 22 Januari 2013

Maklumat lanjut: I Love Discounts

——

Siri Jom Jimat dari JiwaKL bertujuan membantu anda menghadapi masalah poket kosong. Setiap minggu, kami akan berusaha untuk memaparkan deal yang terbaik dan menarik di Lembah Klang. Kongsikan deal anda dengan kami di Twitter @JiwaKL atau emel info@jiwakl.com

Posted in Jom Jimat
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan