Jom Jimat: Deal Minggu Ini 10/2013

Di antara deal menarik untuk minggu ini:
– Jualan IKEA
– hidangan Timur Tengah di Restoran Amassi
– belajar menyelam scuba
– beli 2 dapat 2 tiket ke Sunway Lagoon
– pakej percutian dan pelancongan di MATTA Fair

Jualan IKEA

ikea_sale_march_2013

Gedung IKEA menawarkan diskaun untuk pelbagai perabot dan barangan hiasah rumah. Dapatkan diskaun sehingga 50% untuk barangan terpilih, dan juga diskaun 10% untuk perkhidmatan jahitan.

Lokasi: IKEA, Mutiara Damansara

Tarikh tamat jualan: 24 Mac 2013
Maklumat lanjut: laman web IKEA Sale

Hidangan timur tengah di Restoran Amassi

Amassi Restaurant

Restoran Amassi menawarkan pakej hidangan Timur Tengah dengan diskaun 63%. Hidangan untuk 2 orang (RM33) atau 4 orang (RM58).
– hidangan utama (pilih daripada kuah udang atau ikan, lamb kebab, ayam panggang, chicken shawarma)
– hidangan sampingan termasuk samosa, salad, pencuci mulut caramel dessert
– teh pudina
– jus

Lokasi: Milennium Square, Petaling Jaya (5 minit dari Stesen LRT Asia Jaya)

Tarikh tamat tawaran: 17 Mac 2013

Maklumat lanjut: Groupon Malaysia.

Belajar Menyelam Scuba

belajar_skuba

Ingin belajar scuba diving? Sea Buzz Scuba menawarkan pakej PADI International Open Water Diver License dengan harga RM650. Tiada pengalaman menyelam diperlukan.

Pakej ini termasuk:

– International Open Water Diving License & Certification (dari PADI)
– tenaga pengajar professional
– 2 kelas berenang dan menyelam di kolam renang (Jalan Timor, Petaling Jaya)
– 1 kelas teori
– Peralatan scuba penuh disediakan
– Menyelam sedalam 18 meter
– Padi Open Water Manual
– Padi Open Water DVD

Tidak termasuk dalam pakej ini ialah:

– penginapan dan kos pengangkutan untuk 4 sesi menyelam di Lang Tengah dan Redang.

Tarikh tawaran tamat: 18 Mac 2013.

Maklumat lanjut: LivingSocial Malaysia.

Beli 2 dapat 2 tiket ke Sunway Lagoon

sunway_lagoon_digi_rewards

Khas untuk pelanggan DiGi, anda boleh mendapat 2 tiket masuk percuma ke Sunway Lagoon apabila anda membeli 2 tiket. Tawaran ini sah untuk belian pada hari Selasa sahaja. Tunjukkan telefon bimbit anda di kaunter tiket Sunway Lagoon untuk mendapatkan tawaran ini.

Tarikh tawaran tamat: 31 Mac 2013.

Maklumat lanjut: laman web DiGi Rewards.

MATTA Fair 2013

mattafair_logo

Jika anda sedang merancang percutian, jangan lupa mengunjungi MATTA Fair 2013 pada hujung minggu ini.

Tarikh: 15-17 Mac 2013.

Lokasi: PWTC.

Maklumat lanjut: MATTA Fair 2013 (Kalendar JiwaKL)

Siri Jom Jimat dari JiwaKL bertujuan membantu anda menghadapi masalah poket kosong. Setiap minggu, kami akan berusaha untuk memaparkan deal yang terbaik dan menarik di Lembah Klang. Kongsikan deal anda dengan kami di Twitter @JiwaKL atau emel info@jiwakl.com

Posted in Jom Jimat
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan