GoKL: Perkhidmatan bas percuma dengan WiFi

Keadaan trafik di Kuala Lumpur semakin menjadi sesak setiap hari. Oleh itu, penggunaan perkhidmatan awam seperti bas RapidKL dan LRT patut digalakkan. Baru-baru ini, mungkin anda nampak beberapa bas baru berwarna ungu (purple) di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.

Perkhidmatan bas GoKL ini adalah percuma. Dengan perkhidmatan yang baru, bas GoKL dilengkapi dengan alat hawa dingin (aircon) dan juga WiFi percuma. Bas GoKL biasanya tiba dalam masa 20-30 minit.

Gambar oleh Mimi’s Dining Room

Buat masa ini, perkhidmatan GoKL disediakan di dua laluan:

Laluan 1 (Green Line)

Hentian Green Line (KLCC – Bukit Bintang – KLCC):
1. KLCC
2. Angkasaraya
3. MATIC
4. Concorde Hotel
5. Wisma Hup Seng
6. The Weld
7. Wisma Lim Foo Yong
8. Pavilion
9. Ain Arabia
10. Monorail Raja Chulan
11. Wisma Rohas Perkasa
12. Citibank Jalan Ampang
13. Wisma Athlan

Laluan 2 (Purple Line)

Hentian Purple Line (Jalan Sultan Muhamad – Bukit Bintang – Jalan Sultan Muhamad) :
1. Pasar Seni
2. Bangkok Bank
3. Muzium Telekom
4. Menara Olympia
5. Menara KL (KL Tower)
6. The Weld
7. Wisma Lim Foo Yong
8. Pavilion
9. Ain Arabia
10. Wisma Boustead
11. Wisma HLA
12. Simpang Bukit Ceylon
13. (seberang) Muzium Telekom
14. Kota Raya

Perkhidmatan GoKL ini diusahakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan telah dilancarkan pada 31 Ogos 2012.

Posted in Info
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan