Cara mengurangkan stress dalam sehari

Hidup di Kuala Lumpur memang penuh dengan pelbagai tekanan atau stress. Walaupun stress tidak ketara secara fizikal, ia akan menjejaskan kualiti kehidupan anda, termasuk dari segi kesihatan dan kerjaya. Selain daripada pergi bercuti (atau berpindah ke kampung), kami ingin berkongsi beberapa tips untuk mengurangkan stress setiap hari.

Stress disebabkan oleh peningkatan hormon cortisol dalam badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah untuk mengawal dan menurunkan tahap hormon cortisol.

7 pagi

jus_oren
Minum jus oren. Foto oleh  Mervi Eskelinen aka tasselflower

Jadikan jus oren (atau buah oren) sebahagian daripada sarapan pagi anda. Satu kajian daripada pihak Jerman mendapati bahawa untuk orang yang diberi tugasan berkomunikasi dengan orang ramai (public speaking) merasa kurang stress apabila mendapat Vitamin C. Tekanan darah dan tahap hormon cortisol juga menurun dengan lebih cepat.

8 pagi

stormtrooper_gym
Mari bersenam. Stormtrooper pun pergi gym. Foto oleh  Maximus_W.

Menurut Universiti Bristol, 72% pekerja yang bersenam pada hari kerja akan lebih berjaya dalam penjagaan masa (time management) . Satu kajian dari Universiti Missouri menunjukkan bahawa senaman intensiti tinggi adalah lebih baik untuk tujuan ini.

11 pagi

Pasang iPod anda

Mendengar muzik di tempat kerja anda akan mengurangkan tahap stress, berdasarkan kajian daripada Universiti Wilkes di Amerika Syarikat. Jenis muzik yang terbaik untuk mengurangkan stress adalah dalam 80-90 bpm (beats per minute). Maksudnya, elakkan heavy metal.

1 tengah hari

taman_tasik_titiwangsa
Berjalan-jalan di taman. Foto oleh ecoblueprint.

Prestasi mental akan meningkat sebanyak 20% selepas anda berjalan-jalan di kawasan yang dikelilingi kehijauan, mengikut kajian Universiti Michigan. Satu kajian Jepun pula menunjukkan bahawa aktiviti ini menurunkan hormon cortisol, kadar nadi (pulse rate) dan tekanan darah.  Selepas makan tengah hari, janganlah tidur pulak.

3 petang

Jom borak

Budaya minum teh (tea break) sebenarnya ada juga kebaikannya. Menurut kajian Universiti California, perbincangan tidak formal dengan rakan-rakan sekerja mengurangkan stress.

8 malam

salmon
Makan ikan salmon. Foto oleh roolrool.

Lemak omega 3 dalam ikan seperti salmon, boleh mengurangkan perasaan kebimbangan (anxiety), menurut kajian dari Universiti Ohio State. Satu kebaikan tambahan ialah omega 3 juga elok untuk kesihatan jantung anda.

9 malam

beli_buku
Baca buku

Menurut kajian Universiti Sussex (England), dengan membaca cuma enam minit sahaja boleh menurunkan stress sehingga 2/3. Kalau anda hendak tidur lebih nyenyak, bacalah buku fiksyen.

10 malam

laptop_malam
Simpan semua gajet sebelum tidur. Foto oleh  Keng Susumpow.

Kajian oleh University Gothenburg (Jerman) menunjukkan bahawa penggunaan telefon bimbit, komputer dan televisyen pada lewat malam, meningkatkan stress dan menjejaskan kualiti tidur orang dewasa. Jadi tutup semua gajet-gajet anda dan lupakan Candy Crush buat sementara waktu.

Praktikal adalah siri eksklusif dari JiwaKL bertujuan untuk berkongsi tips yang boleh melancarkan kehidupan harian and menyelesaikan masaalah kecil dan besar.

Posted in Praktikal
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan