Aktiviti ulat buku hujung tahun 2012

Membaca merupakan tabiat yang amat mulia, tetapi ia juga tabiat yang sukar dipraktikkan oleh orang ramai. Jika anda peminat buku, sebenarnya banyak cara untuk membeli dan meminjam buku tanpa mengeluarkan belanja yang banyak.

1. Jualan Buku terbesar di dunia


The Big Bad Wolf Sale menawarkan diskaun sehingga 95% untuk lebih 3 juta buku. Bertempat di MIECC (Mines Convention Centre), The Big Bad Wolf Sale dibuka dari 9 pagi hingga 9 malam sehingga 23 Disember 2012.

Masuk percuma.
Maklumat lanjut: Big Bad Wolf Books

2. Penukaran buku

Dah kehabisan wang untuk membeli buku baru? Anda boleh mencuba book exchange (penukaran buku). Subang Jaya Book Exchange Programme beroperasi dengan konsep yang cukup mudah – beri satu buku, dapat satu buku. Program ini diadakan pada setiap hari Ahad pertama dan ketiga setiap bulan.

Book exchange yang seterusnya akan diadakan pada 16 Disember 2012, bermula 3 petang. Pihak penganjur juga akan menyediakan sedikit makanan dan minuman untuk peserta.

Maklumat lanjut: Subang Jaya Book Exchange Programme

3. Kunjungi perpustakaan tempatan

Perpustakaan Komuniti di AEON AU2. Gambar oleh Sharing Is Power.

Selain daripada Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak, terdapat banyak lagi perpustakaan di sekitar Lembah Klang. Tahukah anda terdapat perpustakaan komuniti di pasaraya AEON Mahkota Cheras dan AU2 Setiawangsa? Perpustakaan-perpustakaan komuniti ini menawarkan perkhidmatan bahan bacaan dan juga pinjaman.

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga menyediakan perpustakaan cawangan di beberapa tempat:

Perpustakaan Taman Tun Dr Ismail
Pusat Komuniti Taman Tun Dr. Ismail
Lot 31204 Jalan Athinahapan
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur
Tel: 03-7726 6310

Perpustakaan Setiawangsa
No 87, Jalan 2.27F, Pusat Bandar wangsa Maju ( KLSC),
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4143 8745

Perpustakaan Bandar Tun Razak
Blok 88, Flat Sri Kota
Bandar Tun Razak,
Cheras
56000 Kuala Lumpur
Tel: 03-9171 0564

Perpustakaan Desa Tun Razak
Blok 02-00-06, Jalan 9/11B,
56000 Kuala Lumpur
Tel: 03-9173 3341

Perpustakaan Jelatek
Projek Perumahan Rakyat Jelatek
Jalan Jelatek, Kg Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur
Tel: 03-4251 6912

Perpustakaan Gombak Setia
Blok 40-00-01, Projek Perumahan Rakyat Gombak Setia,
53100 Kuala Lumpur
Tel: 03 6139 9541

Perpustakaan Sri Pantai
Blok 102, Projek Perumahan Rakyat Sri Pantai, Pantai Dalam,
Kuala Lumpur
Tel: 03-2283 3269

Perpustakaan Sri Sabah
Blok 64-00-01, Flat Sri Sabah, Cheras,
56000 Kuala Lumpur
Tel: 03-9284 4039

Perpustakaan Jabatan
Tingkat 1, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Tel: 03- 2617 9899

Bayaran untuk menjadi ahli perpustakaan adalah RM16 setahun, yang membolehkan anda meminjam 3 buku setiap kali (had 2 minggu setiap buku).

Maklumat lanjut: Perpustakaan Kuala Lumpur

Ekspo Buku Dewan Bahasa dan Pustaka

Ekspo Buku Dewan Bahasa dan Pustaka Dawama

Nikmati diskaun sehingga 70% untuk buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Lebih 4,000 buku disediakan, termasuk buku teks. Ekspo buku anjuran pihak Dawama ini berlangsung dari 14 Disember 2012 hingga 13 Januari 2013.

Lokasi: Kompleks Dawama, Lot 1307, Jalan AU3/1, Hulu Kelang

Maklumat lanjut: Dawama

5. Pelepasan cukai

Jangan lupa simpan semua resit apabila membeli buku dan majalah. Jika anda adalah pembayar cukai, anda boleh mendapat pelepasan cukai sebanyak RM1,000 setahun untuk pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan.

Maklumat lanjut: Lembaga Hasil Dalam Negeri

——-
Selamat membaca!

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan