Aktiviti Hujung Minggu 19-21 Oktober 2012

Di antara aktiviti menarik di sekitar Lembah Klang, 19 hingga 21 Oktober 2012.

Malaysian Motorcycle Grand Prix 2012 (MotoGP)

Acara 2-roda yang paling popular di dunia.

Lokasi : Litar Antarabangsa Sepang
Tarikh : 19-21 Oktober 2012
Masuk percuma untuk kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah.

Rockaway Festival 2012

Menampilkan barisan pemuzik indie yang hebat – 2 band dari US dan 20 band tempatan. Saksikan persembahan dari Koffin Kanser, Hujan, Bunkface, Gerhana Skacinta dan banyak lagi.

Lokasi :
Tarikh : 20 Oktober 2012, 12 petang hingga 12 tengah malam.
Info lanjut: Rockaway Festival 2012

HOMEDEC 2012

Pameran dan ekspo hiasan rumah terbesar, dengan jualan barangan rumah, seminar, demonstrasi memasak, dan peluang memenangi wang tunai RM10,000 setiap hari.

Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre
Tarikh : 18 hingga 21 Oktober (10 pagi – 8 malam)
Masuk percuma.

Di wayang

Cadangan kami: filem komedi Ted, dibintangi oleh Mark Wahlberg, Mila Kunis dan Seth McFarlane.

Jangan lupa, sediakan payung sebelum keluar dari rumah.

Ada aktiviti menarik? Kongsi bersama kami di Twitter @JiwaKL.

Posted in Info
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan