Aktiviti cuti sekolah: bengkel seni and kraf kanak-kanak

Sempena cuti sekolah ini, pihak Orange Katz Sdn Bhd mengadakan bengkel seni dan kraf untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun.


Setiap bengkel (workshop) akan diadakan selama 3 jam sehari (10 pagi hingga 1 petang) untuk 2 hari berturut-turut. Semua peralatan seni akan disediakan. Setiap minggu, bengkel seni dan kraf akan diberikan tema yang berbeza:


  • Bengkel 1: 21-22 November 2012 (Tema haiwan: Farm House , Animal Tissue Holder & Door Signage)
  • Bengkel 2: 28-29 November 2012 (Tema Pirate: Sword, Treasure Box & Pirate Hat )
  • Bengkel 3: 5-6 Disember 2012 (Tema Rock n’ Roll: Rock Star Guitar, Cool T-Shirt Design & Bling Bling Microphone)
  • Bengkel 4: 12-13 Disember 2012 ( Tema “Under The Sea”: Eco Bag, Canvas Painting & Aqua Pop-Up)

Yuran: RM120 seorang untuk ahli Da Vinci, RM130 seorang untuk bukan ahli. Yuran termasuk semua peralatan seni untuk 3 aktiviti dan makanan ringan (snack).

Orange Katz yang terletak di kawasan Ampang Point telah beroperasi lebih 6 tahun dan menawarkan pelbagai bengkel dan kursus seni dan kraf untuk kanak-kanak.

Untuk tempahan, sila hubungi Liza di 016-2116655 atau lawati laman web Orange Katz.

Posted in Aktiviti
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan