Di antara aktiviti menarik hujung minggu ini:
Kuala Lumpur Eco Film Fest
Festival filem terbesar di Malaysia yang bertemakan kesedaran mesra alam. Saksikan filem dari penerbit tempatan dan antarabangsa.
Lokasi: Experimental Theatre, Universiti Malaysia
Tarikh: 12 hingga 14 Oktober 2012
Masuk percuma.
Konsert Wonder Girls
Lokasi: Stadium Negara
Tarikh: 13 Oktober 2012, dari 7 malam
Tiket berharga dari RM180.
Projek Sukarelawan RockCorps Malaysia
Dengan konsep “Bagi Baru Dapat”, RockCorps Malaysia menawarkan tiket ke konsert dan acara menarik sebagai balasan anda melakukan kerja sukarelawan selama 4 jam sahaja.
Lokasi :
– 13 Oktober 2012: DIGNITY for Children Refugee Shelter and Education Centre, Sentul
– 14 Oktober 2012: Taman Kanak-kanak Jalan Bangkung & Jalan Rumpai, Bukit Bandaraya
Info: RockCorps Malaysia
Untuk senarai lengkap aktiviti, layari Kalendar JiwaKL.
Ada aktiviti lain yang menarik? Kongsi bersama kami di Twitter @JiwaKL.