5 cara mengurangkan beban cukai pendapatan

Screen Shot 2013-04-10 at 11.04.34 AM

e-Filing dari Jabatan Hasil Dalam Negeri – cepat dan mudah

Cuma tinggal beberapa minggu lagi untuk individu Malaysia menghantar borang untuk cukai pendapatan (e-BE) tahun 2012. Jika anda belum lagi mengisi dan menghantar borang anda, gunakan e-Filing untuk memudahkan urusan ini. Kami ingin berkongsi 5 cara untuk mengurangkan beban cukai pendapatan.

1.Beli komputer

komputer_baru

Anda boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM3,000 apabila anda membeli komputer. Potongan ini hanya boleh dibuat sekali setiap 3 tahun.

2.Melanggan perkhidmatan jalur lebar

Jika anda melanggan sebarang perkhidmatan jalur lebar, sama ada untuk talian tetap (seperti Streamyx, Unifi) atau mudah alih (seperti Maxis Broadband, YES), anda boleh mendapat pelepasan cukai berjumlah RM500 setahun. Anda boleh melanggan pakej broadband mudah alih serendah RM40 sebulan.

Kemaskini (Update): Pelepasan cukai ini tidak lagi ditawarkan untuk tahun 2013.

3. Membeli buku dan majalah

Apabila anda membeli buku, majalah atau jurnal, anda boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM1,000 setahun. Ini termasuk buku-buku untuk persekolahan anak-anak. Simpan semua resit anda.

beli_buku

RM1,000 setahun untuk membeli buku. Rajin-rajinlah membaca.

4. Pemeriksaan kesihatan dan insurans perubatan

Anda boleh sehingga mendapat potongan RM500 setahun untuk tujuan pemeriksaan perubatan penuh ke atas diri sendiri, isteri atau anak-anak. Individu yang berumur 30 tahun ke atas, digalakkan menjalankan pemeriksaan ini setiap tahun.

Anda juga boleh menuntut jumlah sehingga RM3,000 setahun untuk insurans perubatan dan pendidikan.

5. Menyimpan wang dalam akaun SSPN

Anda boleh mendapat pelepasan cukai apabila membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i). Tujuan akaun SSPN ialah untuk menyimpan wang untuk pendidikan tinggi anak-anak. Akaun SSPN boleh dibuka di cawangan Maybank, Bank Islam dan Agrobank. Selain menjanjikan pulangan dividen tahunan, SSPN-i turut menyediakan insentif kewangan khas dalam bentuk Geran Sepadan (Matching Grant) khusus kepada pendeposit yang berpendapatan rendah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan. Had pelepasan setiap tahun ialah RM6,000.

Praktikal adalah siri mingguan dari JiwaKL. Praktikal bertujuan untuk berkongsi tips yang boleh menlancarkan kehidupan harian and menyelesaikan masaalah kecil dan besar.

Posted in Praktikal
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan