Praktikal 8 : 4 tips persediaan memandu di musim hujan

Traffic jam siang dan malam di Kuala Lumpur.

Hujan lebat, ribut dan banjir sudah menjadi kebiasaan di Lembah Klang. Malang sekali, setiap kali hujan turun, manusia seolah-olah lupa cara memandu yang selamat. Ini bermakna kesesakan lalu lintas akan berlaku dan besar kemungkinan anda akan terperangkap dalam traffic jam yang amat menyeksakan jiwa, minda dan badan anda sekali.

Penulis sendiri pernah mengalami traffic jam yang paling epic, mengambil masa 4 jam untuk perjalanan dari Shah Alam ke Ampang (biasanya cuma 40 minit). Kami ingin berkongsi tips untuk memudahkan perjalanan anda di musim tengkujuh ini.

1. Pastikan kereta anda dalam keadaan tip-top

Pastikan wiper kereta anda dalam keadaan baik.

Setiap kali hujan, pasti ada beberapa kereta yang rosak atau menghadapi kemalangan dan menambah kesesakan lalu lintas. Jika kereta anda sudah tiba masanya untuk diservis, eloklah lakukan secepat mungkin.

Kami cadangkan anda memastikan beberapa komponen kereta berada dalam keadaan yang baik:

  • Wiper cermin tidak haus
  • Semua lampu kereta berfungsi seperti biasa (termasuk lampu isyarat atau signal)
  • Tayar tidak haus atau bocor
  • Aircon cukup sejuk dan udara boleh berkitar

2. Peralatan mesti-ada (must have) di dalam kereta

“Sediakan payung sebelum hujan” – pepatah Melayu.

Selain daripada peralatan kecemasan biasa (seperti jack, kabel jumpstart), kami mengesyorkan anda juga menyediakan barangan ekstra untuk keselesaan anda, seperti:

  • Alat pengecas telefon bimbit (mobile phone charger). Telefon anda pasti akan habis bateri lebih cepat daripada anda jangkakan.
  • Payung / baju hujan. Baju hujan jenis pakai-buang (disposable) tidak mengambil banyak ruang.
  • Lampu suluh (flashlight)
  • Satu persalinan pakaian – jika anda sampai ke kereta dengan keadaan basah kuyup.
  • Kad Touch n Go. Bila hujan, kawasan kutipan tol di lebuh raya pasti sesak.
  • Nombor telefon dan kad keahlian car breakdown service.

3. Sediakan bekalan makanan dan minuman

Jika anda kurang bernasib baik dan terpaksa meredah kesesakan lalu lintas, buat persediaan awal dan simpan sedikit makanan serta air minuman di dalam kereta.

Pilihan anda – makan berkhasiat (kanan) atau memuaskan hati (kiri).

4. Peringatan sebelum memandu

Sama ada anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dalam perjalanan pergi ke pejabat atau balik dari pejabat, persediaan sebelum memulakan perjalanan itu penting. Contohnya:

  • Isi minyak full tank pada waktu pagi atau lewat malam.
  • Jika sempat, singgah ke tandas sebelum pergi.
  • Beritahu rakan atau ahli keluarga sebelum anda bertolak.

Kami mengaku tips yang kami telah senaraikan di atas, memang common sense, tetapi elok juga kita sama-sama memberi peringatan dan membuat persediaan sebelum menghadapi traffic jam.

Akhir sekali (a) jangan pasang lampu hazard kecuali apabila kenderaan berhenti dan (b) Don’t Facebook & drive!

—-
Praktikal adalah siri mingguan dari JiwaKL. Praktikal bertujuan untuk berkongsi tips yang boleh menlancarkan kehidupan harian and menyelesaikan masaalah kecil dan besar.

Posted in Praktikal
JiwaKL adalah sumber untuk info dan aktiviti terkini di sekitar Lembah Klang. Kami juga berkongsi pengalaman dan tips untuk memudahkan kehidupan harian dan menyelesaikan masaalah besar dan kecil.
Kalendar
Iklan